fbpx
Now Reading
Objek Misteri Terbang di JB Undang Tanda-Tanya Netizen

Objek Misteri Terbang di JB Undang Tanda-Tanya Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Netizen baru-baru ini dikejutkan dengan penularan satu rakaman ‘dashcam’ yang memperlihatan satu objek tidak dikenal pasti seakan bebola api yang didakwa terbang di ruang udara bandar Johor Bahru, Johor.

Menerusii klip video berkenaan, objek yang tidak dikenal pasti itu dilihat dilihat bergerak laju melintasi ruang udara negeri berkenaan sebelum meletup dan hilang dari pandangan.

Klip video berdurasi 12 saat yang dirakam pada minggu lalu itu kemudiannya telah dimuat naik oleh Facebook All Singapore Stuff sebelum tular di laman sosial.

Setakat jam 2 petang ini, video tersebut telah mendapat lebih 336,000 tontonan pengguna di Facebook sekali gus mencetuskan perdebatan di kalangan mereka

Bagaimapun memetik Sinar Harian, tidak dapat disahihkan dakwaan dalam video berkenaan.

Seorang pengguna Facebook, Izzat Asyraff Nahrawi berkata, dia melihat objek bercahaya itu pada masa yang sama iaitu sekitar jam 5 pagi.

“Saya fikir Singapura sedang diserang. Saya ingatkan itu halusinasi saya, mujur ia memang benar berlaku,” katanya.

Ianya turut diakui oleh seorang lagi pengguna, Richard yang berkata, “Ia muncul tiba-tiba kemudian meletup dan hilang sekelip mata. Menakjubkan!”

Apa kata anda sendiri tontoni video tersebut di bawah :

Bright falling light JB

Wah what fell from the sky this morning in JB?<Contribution by Khun>

Posted by All Singapore Stuff on Wednesday, February 12, 2020

Agaknya apakah objek tersebut ??

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.