fbpx
Now Reading
Tindakan Tak Sesuai, Polis Tegur YouTuber Isa Isaarb Agih Duit Depan Istana Negara (Video)

Tindakan Tak Sesuai, Polis Tegur YouTuber Isa Isaarb Agih Duit Depan Istana Negara (Video)

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/isaisarbofficial/videos/1574890582661984/

Isa Isarb, selebriti youtube tempatan yang terkenal dengan video-video prank semalam mengejutkan orang ramai apabila turun ke istana negara dan mengagihkan wang RM 10,000 kepada mereka yang berada di sana termasuk para petugas media yang sedang bertugas.

“Semalam Agong bagi McDonalds, hari ni Agong bagi KFC, jadi hari ketiga Isa Isarb (pula) nak pergi bagi.

“Saya nak buat challenge (cabaran )pergi bagi habiskan RM10,000, bagi RM1 seorang depan istana,” katanya dalam klip video yang kongsikan di laman facebook miliknya

Namun rancangan Youtuber berkenaan untuk mengagih kesemua wang RM 10,000 gagal apabila hanya dapat mengagihkan sejumlah wang sebelum perbuatannya disedari anggota polis yang bertugas menjaga perkarangan pintu masuk Istana Negara.

Isa dan krew produksinya kemudian disoal tujuan kehadirannya sebelum dinasihatkan untuk segera beredar oleh mereka

Terpaksa mengikuti arahan berkenaan, mereka kemudian bertindak meninggalkan kawasan perkarangan istana sambil Isa kedengaran berkata : “Aduh kena halau la guys (kawan).. Misi tak berapa nak menjadi, RM 10,000 .. dalam 600 ke 700 sahaja yang habis “

Dalam perjalanan pulang, Isa dan krewnya bagaimapun menyedari yang kenderaan mereka sedang diikuti menyebabkan mereka menjadi sedikit cemas. Namun mereka bertindak nekad untuk berhenti dan bertemu dengan individu berkenaan yang dipercayai adalah pihak berkuasa yang menegur mereka untuk tidak melakukan perkara yang sama.

“Akhir kata, siapa-siapa yang mentadbir negara atau mendapat kuasa selepas ini, saya nasihatkan jangan buat seperti saya, jangan beli apa-apa guna duit.

“Buatlah dengan cara jujur dan kurangkan rasuah, anti rasuah,” jelas Isa.

Video Isa di Facebook setakat ini sudah ditonton lebih 258,000 ribu kali di Facebook serta memperoleh 6,500 tanda suka serta 1700 komen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.