fbpx
Now Reading
Covid-19: 125 Kes Positif Baru, Aktiviti Masjid & Surau Seluruh Negara Ditangguhkan 10 Hari

Covid-19: 125 Kes Positif Baru, Aktiviti Masjid & Surau Seluruh Negara Ditangguhkan 10 Hari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setakat 16 Mac, sebanyak 125 kes positif Covid-19 direkodkan dengan 12 kes daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menteri Kesihatan , Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu sidang media berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes positif di Malaysia setakat 12 tengah hari adalah 553 kes

“95 kes baharu yang disahkan itu adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, termasuk tiga yang menerima rawatan di ICU.

Sidang Media Berhubung Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, March 16, 2020

“Paling tinggi kes dilaporkan adalah dari Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Johor,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.

Tambah Menteri Kesihatan itu lagi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman penting malam ini mengenai sebarang kemungkinan sama ada perintah berkurung akan dijalankan di negara ini.

Dalam pada itu, Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan media berkata, segala aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan berjemaah ditangguhkan bermula esok sehingga 26 Mac ini.

Penanggguhan itu dilakukan selepas mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Berdasarkan taklimat yang disampaikan Kementerian Kesihatan Malaysia dan perbincangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang pada 15 Mac 2020 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya, mesyuarat telah mengambil ketetapan beberapa perkara.

“Selain semua aktiviti keagamaan ditangguhkan, jawatankuasa masjid dan surau disarankan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan.

“Tempoh 10 hari adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.