
Tiada Kematian Covid-19 Dan Tiada Mesyuarat Isytihar Darurat
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan dakwaan mengenai terdapat satu kes kematian akibat jangkitan Covid-19.
Pagi ini, sebuah video laporan berita mengenai satu kematian Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) yang berlaku pada 2014 telah ditularkan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengaitkan nya dengan Covid-19.
Video yang di tular di media sosial itu menjadi trending, sehingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang inginkan pengesahan dari pihak KKM
Menerusi Twitter, KKM memaklumkan tiada kematian setakat ini membabitkan pesakit Covid-19. Selain itu mereka turut mengesahkan bahawa tiada mesyuarat tergempar untuk mengisytihar darurat .
“Mesyuarat tergempar untuk isytihar darurat? Jangan tularkan. Ini adalah berita palsu” kata kenyataan itu.
#COVIDー19 Mesyuarat tergempar untuk isytihar darurat?
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 15, 2020
Jangan tularkan. Ini adalah berita palsu. #FakeNews @DrAdhamBaba@SKMM_MCMC @PDRMsia pic.twitter.com/F0kbN4LsKZ
Menerusi Instagram mereka turut memaklumkan kepada umum bahawa tiada ‘lockdown’ seperti yang disebarkan di media sosial.
“Perhatian rakyat Malaysia! Ini adalah BERTA PALSU! Mohon jangan berkongsi dan tularkan! ” tulis mereka dalam satu lagi kenyataan.
