fbpx
Now Reading
Anggota Polis Risikokan Diri Demi Tahan Individu Suspek Covid-19 Kini Jalani Kuarantin Sendiri

Anggota Polis Risikokan Diri Demi Tahan Individu Suspek Covid-19 Kini Jalani Kuarantin Sendiri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang anggota polis yang merisikokan dirinya demi menahan seorang pesakit dalam siasatan (PUI) covid-19 kini sedang menjalani kuarantin sendiri.

Difahamkan anggota polis tersebut yang tidak didedahkannya namanya telah bertindak pantas menahan sebuah kereta Waja yang dinaiki 4 individu yang cuba melarikan diri dari satu sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan oleh pasukan polis dari Georgetown di sebuah bulatan di Bayan Baru

Pemandu tersebut yang berasal dari Batu Maung, Pulau Pinang pada mulanya mengakui yang dia ada menghadiri perhimpunan ijtima tabligh yang diadakan di Masjid Sri Petaling.

Bagaimanapun selepas diarahan untuk menjalani saringan kesihatan bersama 3 lagi penumpang di dalam keretanya, lelaki berkenaan membuat cubaan untuk melarikan diri namun gagal apabila anggota polis terbabit bertindak pantas dengan menahannya di tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan kemudian mengambil alih 4 individu tersebut dan menghantar PUI tersebut dan 3 penumpang lain termasuk isterinya ke Klinik Kesihatan di Bayan Baru bagi menjalani saringan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.