fbpx
Now Reading
Covid-19: Bekas Pesakit Kongsi Pengalaman Dijangkiti Virus Maut Itu Kepada Umum

Covid-19: Bekas Pesakit Kongsi Pengalaman Dijangkiti Virus Maut Itu Kepada Umum

Penularan wabak pandemik Covid-19 di dalam negara dan dan seluruh dunia cukup membimbangkan. Saban hari semakin ramai yang dijangkiti di dalam negara dengan data dari KKM menunjukkan setakat semalam 2,031 orang telah disahkan positif dan angka kematian mencecah 24 orang.

Namun disaat masyarakat dilanda panik serta keresahan, kisah bekas pesakit Covid-19 ini mungkin boleh membuka mata kita semua terutamanya mereka yang kini sedang berdepan dengan situasi yang sama.

Sama seperti orang lain, tiada orang yang menginginkan dan menyangkakan akan dijangkiti virus maut ini. Rosli Dahlan, 58 seorang peguam turut terkejut selepas mendapat perkhabaran yang dirinya telah disahkan positif pada 2 Mac lalu.

Turut bersedih pada mulanya namun kembali positif

Mengakui yang dia pada mulanya turut bersedih selepas disahkan positif apatah lagi ada dikalangan masyarakat bertindak mendedahkan identitinya yang pasti akan menimbulkan perasaan stigma.

“Masa itu rakyat dan orang awam masih takut, malah terdapat segelintir yang tuding jari dan sebagainya. Masa itu, perasaan sedih pun ada, ada yang mendedahkan identiti saya serta menimbulkan perasaan stigma.

“Jangan menunding jari, sebaliknya isu ini perlu ditangani sebagai masyarakat yang mempunyai ilmu. Dalam hal ini, saya rasa banyak yang kita (masyarakat) boleh lakukan, kalaulah saya dalam hospital boleh merasakan kekal positif, apatah lagi masyarakat di luar sana,” katanya.

Tanam keyakinan untuk melawan virus maut tersebut

Memetik Astro Awani, Rosli turut berkata benda penting yang perlu ada buat pesakit yang sudah disahkan positif ialah keyakinan pada diri sendiri untuk melawan virus maut itu.

Selain itu mereka mesti sentiasa berfikiran positif terutama ketika diasingkan di wad isolasi.

Foto : Awani

Tidak rasa 13 hari di hospital memeritkan

“Orang tanya aktiviti apa yang saya buat, saya kata sebagai orang Islam waktu kita memang terjaga di mana sejak pagi kita solat subuh, zohor, asar, maghrib, waktu untuk kita membaca doa dan sebagainya, jadi saya tidak rasa masa di hospital selama 13 hari itu memeritkan.

Habiskan banyak masa membaca doa dan buku serta membersihkan bilik

“Selepas subuh saya membaca doa dan buku, kemudian membersihkan kamar serta menjawab email untuk tugasan. Jadi kalau saya dalam hospital boleh rasa¬†still positive, jadi saya rasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini asalnya dari 18 Mac hingga 31 Mac dan apabila ianya dilanjutkan kepada 14 April, banyak benda kita boleh lakukan dan tidak harus merasa tertekan ketika berada di rumah,” katanya lagi.

Bersyukur dengan kepakaran pakar KKM dan kerajaan

Dalam pada itu Rosli turut meluahkan rasa syukurnya dengan kepakaran perubatan yang dimiliki Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain berterima kasih kerana kerajaan menanggung sepenuhnya kos rawatan pesakit Covid-19 dalam negara

See Also

“Di Malaysia ini, kita sangat bernasib baik kerana kerajaan berikan testing itu secara percuma. Di negara lain mereka perlu bayar, kalau positif dalam isolasi wad kerajaan Malaysia membayar sepenuhnya. Kita sangat bersyukur dengan Kementerian Kesihatan kita, Ketua Pengarah serta doktornya terutama yang jaga saya, Dr Yasmin, Dr Haikal, Dr Salina, Dr Najma dan Dr Arisa, mereka sangat bagus dan mempunyai sifat ihsan.

“Keadaannya tidak sama seperti di negara lain apabila ada pesakit yang diberikan khidmat rawatan, tetapi ada yang tidak seperti di Sepanyol, Itali dan sebagainya. Kita mempunyai antara sistem penjagaan kesihatan yang terbaik berbanding negara lain. Jadi hero-hero kita adalah semua petugas KKM, sikap mereka itu amat terpuji,” kata Rosli.

Akhirnya selepas 13 hari ditahan, Rosli dan isterinya telah kembali pulih dan bebas dari jangkitan Covid-19. Mereka kemudiannya dibenarkan discaj pada 15 Mac lalu.

Jadikan kisah Rosli ini sebagai iktibar dan elakkan menjadi terlalu panik. Sebaiknya ambillah langkah berjaga-jaga seperti saranan kerajaan.

Buat mereka yang dijangkiti, kekal positif dan jangan berputus asa. Yakini kemampuan pasukan perubatan kita dan kemampuan kerajaan dalam berdepan wabak ini.


© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.