fbpx
Now Reading
Ini Cara Untuk Dapatkan Penjimatan Sehingga 50% Bagi Bil Elektrik Anda

Ini Cara Untuk Dapatkan Penjimatan Sehingga 50% Bagi Bil Elektrik Anda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini Perdana Menteri, Tan Sri ada mengumumkan yang kerajaan menerusi Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) akan memberikan diskaun sebanyak 2% kepada semua pengguna elektrik manakala enam sektor perniagaan terpilih akan diberikan diskaun sebanyak 15%

Namun kerajaan kemudian membuat keputusan untuk memberikan diskaun tambahan sehingga 50% secara berperingkat buat pengguna domestik selama 6 bulan bermula pada bil bulan April.

Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan diskaun berperingkat? Sebagai seorang pengguna pasti anda nak tahu bukan?

Secara ringkasnya , jika rumah anda pada bulan April menggunakan kurang dari 200kWj akan layan mendapat potongan sebanyak 50%

Bagi penggunaan sebanyak 201kWj- 300kWj, akan akan mendapat 25% diskaun

Bagi penggunaan sebanyak 301kWj -600kWj, anda akan diberikan 15% diskaun

Manakala penggunaan lebih dari 600kWj, akan diberikan 2% diskaun

Satu yang pasti, walaupun diskaun yang diberikan ini dapat membantu anda ‘berjimat’ sepanjang mengharungi tempoh PKP di rumah, ini tidak bermakna anda boleh membazirkan elektrik sesuka hati. Jadi kawal penggunaan elektrik anda sebaik mungkin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.