fbpx
Now Reading
“Menjadi Rider Bukannya Mudah” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Video Dari Perspektif Seorang Rider Makanan

“Menjadi Rider Bukannya Mudah” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Video Dari Perspektif Seorang Rider Makanan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_eOoZhnSBt/

Tidak mudah sebenarnya menjadi seorang rider penghantaran. Anda terpaksa merisikokan keselamatan diri dengan berada di atas jalan lebih lama dari orang lain, meredah hujan, panas ribu hanya untuk memastikan ‘pakej’ di bawa sampai ke orang yang sepatutnya

Ia diakui sendiri oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar yang menghabiskan masa lapangnya pada musim PKP dengan menjadi ‘rider’ penghantar makanan di restoran miliknya bersama Chef Ismail, Restoran Rebung.

Menerusi Instagram, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi pandangannya dari persektif seorang penghantar makanan yang terpaksa berkorban apa saja dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

 “Menjadi rider bukannya mudah, semuanya tidak endah. Hujan tetap redah. Walaupun dirinya basah agar customer dapat menjamah.

“Itulah pengorbanan pasrah untuk mencari rezeki sah, bukannya mudah tak kira penat lelah. Tak peduli hujan rebas. Tapi itulah hakikat.

“Kita kadangkala bersikap sambil lewa terhadap para penghantar makanan

“Tanpa sedari banyak pengorbanan yang dilakukan rider hanya untuk menyempurnakan tugas menghantar makan kepada pelanggan.

“Layanlah mereka dengan baik, berikan sedikit extra tip pun sudah kira bonus pada mereka.

“Malahan ukiran senyuman dan ucap terima kasih pun sudah cukup membantu,” tulisnya sebagai kapsyen

Menerusi posting sama, pemilik bersama Restoran Rebung Cef Ismail itu turut berkongsi klip video yang dirakamnya sewaktu melakukan penghantaran untuk pelanggannya.

Mesej yang ringkas namun dalam maksudnya, apatah lagi di saat pelaksanaan PKP dicampur dengan bulan ramadhan, golongan rider antara golongan penting yang masih menjalankan tugas mereka. Ini kerana rider adalah Pasukan barisan hadapan yang kurang didendangkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.