fbpx
Now Reading
Akibat Ketawa Melampau, Mulut Wanita Ini Tersangkut Hingga Gagal Di Tutup

Akibat Ketawa Melampau, Mulut Wanita Ini Tersangkut Hingga Gagal Di Tutup

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata anda pasti pernah mendengar pepatah barat “laughter is the best medicine” kan ? Pepatah ini  di dalam bahasa melayu nya yang bermaksud ‘ ketawa adalah ubat yang terbaik’ kebiasaannya digunakan untuk memberi semangat kepada mereka yang sedang di dalam kesedihan dengan menggalakkan mereka untuk ketawa.

Tak percaya? Cuba bergelak ketawa atau cari orang yang boleh menghiburkan anda ketika anda sedang bersedih, atau berduka, pasti ianya akan membuat anda sedikit kelegaan.

Namun satu kejadian aneh telah berlaku di negara China di mana seorang wanita telah mengalami dislokasi rahang (rahang teranjak) sehingga gagal untuk menutup mulutnya disebabkan ketawa yang terlalu kuat.

Kejadian malang yang  menimpa wanita ini di fahamkan terjadi di dalam sebuah keretapi yang sedang dalam perjalanan ke Guangzhou South Railway Station dari sebuah tempat yang tidak di dedahkan.

Walaubagaimanapun wanita ini agak bernasib baik kerana terdapat seorang doktor yang kebetulan turut berada di dalam keretapi berkenaan membantunya.

Dipetik dari Ladbible, doktor berkenaan Dr Luo Wensheng dari Hospital Liwan mula-mula menyangkakan wanita ini diserang strok, namun selepas melakukan beberapa pemeriksaan, akhirnya dia mengenal pasti masalah wanita tersebut.

Cubaan kali ke-2 Doktor Wensheng akhirnya berjaya membetulkan kembali rahang yang teranjak ke posisi asal. Difahamkan kejadian ini adalah kali ke dua buat wanita berkenaan selepas menghadapi masalah yang sama ketika sedang hamil suatu masa dahulu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.