fbpx
Now Reading
Foto Kegigihan Rider Food Panda Hantar Makanan Guna Basikal Buat Netizen Terharu

Foto Kegigihan Rider Food Panda Hantar Makanan Guna Basikal Buat Netizen Terharu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benarlah kata orang hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

Seorang rider food panda menjadi perbualan netizen sejak beberapa hari lalu selepas fotonya dikongsikan laman facebook Negeri Sembilan Kini sehingga menjadi tular di media sosial .

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki brader ni. Amin” tulis mereka sebagai kapsyen

Menerusi foto berkenaan dia dilihat sedang menjalankan tugasnya sama seperti rider lain iaitu membuat penghantaran.

Namun pengangkutan yang digunakannya untuk menghantar makanan benar-benar menarik perhatian netizen dimana dia dilihat hanya menaiki sebuah basikal; berbanding rider lain yang mengguanakan motorsikal mahupun kereta.

Lengkap berpakaian rasmi Food Panda lelaki ini dilihat gigih mengayuh basikalnya menuju ke destinasi dengan beg makanan turut dilihat di belakang basikalnya.

Nyata kegigihannya mengundang sebak netizen yang memuji kesungguhan dan usaha pemuda ini, malah ramai merasakan semangatnya yang luar biasa semeangnya harus menjadi contoh kepada orang lain .

Walaupun siapa pun ada, kami doakan urusan anda dimudahkan dan rezeki anda diperlipatgandakan Amin..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.