fbpx

Jalani Pembedahan Buang Cyst, Fynn Jamal Mohon Maaf Kepada Semua

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh media sosial sebelum ini susulan kenyataan yang dikeluarkan penyanyi Fynn Jamal berhubung isu rogol yang pada pendapat netizen mengelirukan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan mereka

Dilihat sedikit reda selepas Fynn menjelaskan maksudnya hasil IG Live yang dilakukan bersama rapper yang juga usahawan, Caprice serta beberapa selebriti terkenal seperti Wardina Safiyyah yang mencadangkan Fynn untuk memohon maaf dan menjelaskankan topik tersebut adalah kompleks dan tidak seharusnya dibincangkan secara ringkas.

Wardina mencadangkan agar Fynn memohon maaf berhubung isu terbabit

Terbaru menerusi satu perkongsian di IG, Fynn Jamal memaklumkan yang bakal menjalani prosedur pembuangan sista (cyst).

Mengakui khuatir seandainya dia sesuatu terjadi dalam keadaan belum menyelesaikan isu panas terbabit, Fynn tampil memohon maaf di atas kenyataan terdahulunya itu.

“Prosedur ringkas sahaja insyaAllah. Tapi sebab membabitkan rahim terpaksa juga ambil bius habis

Apa-apa pun, saya tak mahu tinggalkan dunia dalam keadaan tak aman dan kesal. Takut apa yang terbaki menjadi punca tak diterima Allah pula.

“Maaf salah dan silap daripada pihak aku jika ia tak selari dengan apa Allah syariatkan dan untuk semua yang ada salah dan silap. Jangan serabut-serabut, daripada belah aku, halalan toiyiban,” tulisnya.

Fynn dalam masa sama turut bertawakal dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Dalam masa sama Fynn turut mendoakan semua agar jaga diri baik-baik dan menitipkan pesanan menjaga hubungan dengan Allah kerana Allah pasti akan jaga kita.

” Aku serahkan semua pada Allah. Apa yang terbaik untuk timbangan akhirat aku, itulah yg aku minta Allah tunaikan. Jaga diri baik baik-baik. Jaga Allah, Allah akan jaga kita ” tulis Fynn lagi.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.