
Doktor Bidas Video Tular Tak Masuk Akal, Dakwa Pengimbas Suhu Jadi Punca Kanser
Janganla tambah kekeliruan masyarakat
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa hari ini tular satu video yang mendakwa alat pengimbas suhu atau Infrared (IR) Thermometer boleh menjadi punca penyakit kanser apabila digunakan di bahagian kepala
Ini susulan laser yang digunakan iaitu untuk jenis non contact mempunyai radiasi penyebab kanser, jadi bagi mengelakkannya ia harus digunakan di tangan.
Khuatir ada yang terpedaya dan percaya pada klip video terbabit, seorang pakar perubatan tampil membidas dakwaaan terbabit.
Dr Shazwan Sazali, seorang Doktor Perubatan di Hospital Kuala Lumpur merangkap Presiden Generasi Pelapis Malaysia, menjelaskan video tersebut adalah tidak tepat.
“Saya tak tahu siapa yang buat video ni, tapi jelas ini tidak tepat.
“Salah satu cara untuk mengukur suhu tubuh badan seseorang adalah dengan menggunakan “non-contact infrared thermometers (NCITs)
“NCITs boleh digunakan lebih-lebih lagi pada musim pandemik untuk mengurangkan risiko cross-contamination sekaligus mengurangkan penyebaran virus.
“Kebaikan NCITs mengurangkan risiko penyebaran penyakit (non contact), mudah digunakan, mudah dibersihkan, mengukur suhu dengan kadar lebih cepat.
“Walaubagaimanapun, cara penggunaan NCIT perlu tepat dengan mengambil kira jarak dan kedudukan dengan dahi. Namun adakah ia bahaya?,” katanya.
Mengulas lanjut Dr Shazwan menjelaskan seorang penyelidik dari Chinese Center for Disease Control and Prevention pernah menjelaskan yang IR Thermometers berfungsi dengan menerima radiasi ‘thermal’ yang disebarkan oleh tubuh manusia sendiri.
“Alat tersebut tidak mengeluarkan sebarang radiasi yang boleh membahayakan kesihatan manusia.
“Alat tersebut menerima radiasi bukan mengeluarkan radiasi,” katanya.
Infrared thermometer menyebabkan kanser? 😱😱
— Dr Shazwan Sazali (@shazwan_sazali) July 26, 2020
Saya tak tahu siapa yang buat video ni, tapi jelas ini tidak tepat.
Setiap tuduhan perlu ada bukti dan penjelasan berasaskan penelitian.
Maka jom belajar sikit pasal IR thermometer ni supaya tak jadi palatao di masa depan
… pic.twitter.com/GSqhLiMWJY
Kebaikan NCITs
— Dr Shazwan Sazali (@shazwan_sazali) July 26, 2020
1. Mengurangkan risiko penyebaran penyakit (non contact)
2. Mudah digunakan
3. Mudah dibersihkan
4. Mengukur suhu dengan kadar lebih cepat
Walau bagaimanapun, cara penggunaan NCIT perlu tepat dengan mengambil kira jarak dan kedudukan dengan dahi.
Sekarang, adakah ia berbahaya?
— Dr Shazwan Sazali (@shazwan_sazali) July 26, 2020
Menurut Feng Luzhao, seorang researcher dari Chinese Center for Disease Control and Prevention, IR thermometers berfungsi dengan menerima radiasi thermal yg disebarkan oleh tubuh manusia sendiri.
Kalau nak kena kanser, bukan kita yang kena, alat tu yang kena. Dahlah alat tu terima radiasi tubuh manusia, kena pula ukur dahi kepala manusia yang palatao ni.
— Dr Shazwan Sazali (@shazwan_sazali) July 26, 2020
Kalau tak tahu, bertanya. Jangan sesuka hati keluarkan video yang boleh mengelirukan orang ramai.
Posting tersebut kemudiannya turut mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dimana mereka kemudiannya menjelaskan IR Thermometer adalah selamat dan tidak menyebabkan kanser.