fbpx

Saham Syarikat Super Ring Melonjak Hampir 100% Disebabkan ‘Troll’ Politik ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tanya mana-mana sahaja rakyat Malaysia, pasti semua tahu jenama snek Super Ring. Bukan sahaja diminati kanak-kanak malah turut dimakan oleh bapa budak malahan digilai artis terkenal korea iaitu Blackpink.

Namun popularitinya semakin melonjak sejak pertukaran kerajaan dari Pakatan Harapan ke Pakatan Nasional baru-baru ini selepas tular satu video yang memperlihatkan seorang wanita yang sedang melakukan protes di jalanan meluahkan rasa kurang senangnya dengan keadaan tersebut.

Namun petikan dari ayatnya yang menyebut perkataan Super Ring menyebabkan dia menjadi bahan lawan bukan sahaja oleh netizen malahan dari bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan ramai lagi.

Selain itu, syarikat e-dagang terkemuka , Shopee turut mengeluarkan iklan dan dilihat umpama satu troll apabila turut mempromosikan Super Ring dengan menggunakan tagline ‘ Snek kegemaran rakyat Malaysia semasa menonton berita’

Tidak berhenti disitu snek berkenaan terus mewarnai suasan politik dalam negara apabila ahli polit dari pihak pembangkang turut menggunakannya untuk menyindir ahli politik di pihak kerajaan.

Namun di sebalik troll dan jenaka tersebut, saham syarikat pembuat Super Ring iaitu Oriental Food Industries Holdings Berhad difahamkan telah menunjukkan peningkatan yang mendadak sebanyak hampir 100%.

Semua hanya dalam masa 3 bulan, iaitu sewaktu PKP baru dilaksanakan.

Tidak dapat dipastikan kesahihan ia naik mencanak hanya kerana bahana politik memandangkan semua sektor makanan naik sewaktu PKP, namun yang pasti, nama Super Ring yang kerap disebut dan menjadi bahan troll di Malaysia secara tidak langsung memberikan mereka ruang promosi secara percuma.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.