
“Masa Terbaik Untuk Bersihkan Kawasan” – Bront Palarae Seru Netizen Lapor Premis Judi Haram
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelakon popular Bront Palarae hari ini menyeru netizen dan orang ramai untuk bekerjasama membasmi kawasan masing-masing dari sebarang aktiviti jenayah.
Menerusi Twitter, Bront atau nama betulnya Nasrul Suhaimin bin Saifuddin menyarankan agar orang ramai mengambil kesempatan dipercayai memandangkan isu mengenai aktiviti haram ketika ini sedang hangat diperkatakan di kalangan masyarakat.

“Ada kedai judi haram di kawasan anda? Jom snap gambar dan tag YB kawasan anda.
“Masa terbaik utk bersihkan kawasan anda. Ayuh!” tulis Bront di laman Twitternya sebagai membalas tweet yang di kongsikan pengendali laman Twitter Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch)
Ada kedai judi haram di kawasan anda? Jom snap gambar & tag YB kawasan anda. Masa terbaik utk bersihkan kawasan anda. Ayuh! https://t.co/XMb85LSrZJ
— Bront Palarae (@Bront_Palarae) August 10, 2020
Perkongsian oleh aktor tersebut mendapat pelbagai respons dari netizen. Ada yang bersetuju dengan saranannnya dan ada segelintir yang dilihat tidak kerana khuatir maklumat mereka sebagai pengadu akan bocor.
Dulu ada kedai mesin baru nak buka area sini. Alhamdulillah dapat YB soleh. Sekali YB turun buat demo bantahan untuk tutup. Now kawasan sini takda dah tempat judi. YB Dun Bukit Lada, Ust Salim Mahmood.
— Uzair (@KhairulAbror1) August 10, 2020
Nak kutip buah kene time musim buah. Nak kutip tokey judi ini la musim die!
— Jejaka Nusantara (@ciakurasia) August 11, 2020
Takleh bro. Nanti kena exposed, kena tetak anak beranak. Maklumat pengadu tak di jaga nowadays
— Leia (@mdnghtdrvs) August 11, 2020
Terdahulu tular video yang dikongsikan secara langsung oleh pengasas Hot Burger Malaysia, Asri Janggut yang juga merupakan seorang aktivits PPIM mengenai aktiviti haram seperti rumah perjudian dan gerai rokok seludup yang dilihat berleluasa di Sungai Buloh sehingga menarik perhatian Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara.
Baca artikel berkaitan :