fbpx
Now Reading
Produksi Skala Besar Bakal Bermula, Ini Senarai Negara Yang Akan Terima Vaksin Covid-19 Rusia

Produksi Skala Besar Bakal Bermula, Ini Senarai Negara Yang Akan Terima Vaksin Covid-19 Rusia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rusia menjadi tumpuan dunia selepas Presidennya, Vladimir Putin baru-baru ini mengumumkan negara mereka berjaya menghasilkan vaksin Covid-19, yang diberi nama Sputnik V yang didambakan penduduk seluruh dunia selepas hampir dua bulan diuji terhadap manusia

Dijangkakan vaksin tersebut akan mula dihasilkan pada skala penuh bermula bulan depan dimana suntikan awal bakal akan diberikan kepada petugas kesihatan dan penduduk berisiko sebelum diedarkan ke seluruh dunia

Persoalan orang ramai negara manakah yang bakal menerimanya terlebih dahulu ?

Memetik Sinar Harian, Rusia sudah menetapkan beberapa negara iaitu Negara Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), anggota BRICS, dan negara sekutu rapat mereka, China antara yang akan menerimanya terlebih dahulu

Negara CIS merupakan gabungan negara Eropah Timur seperti Armenia, Azerbaijan, Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine, and Uzbekistan manakala anggota BRICS pula melibatkan lima negara iaitu Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan

Perkara ini didedahkan Profesor Ruslan Abramov dari Universiti Ekonomi Plekhanov Rusia.

“Pada masa sama, Rusia mungkin terlebih dahulu akan memenuhi keperluannya sendiri.

“Ada beberapa alasan untuk itu. Pertama, kita harus benar-benar memastikan vaksin itu selamat dan berkesan dalam jangka panjang. 

Foto : SCMP

“Kemudiannya, ia harus memenuhi permintaan di pasaran domestik. Hanya selepas itu kita boleh membincangkan mengenai aspek komersial,” jelasnya.

Difahamkan Rusia setakat ini telah menerima permintaan awal daripada lebih 20 negara dengan kuantiti dianggarkan mencecah satu bilion dos vaksin untuk Sputnik V sedangkan ia hanya diuji ke atas 75 individu dan tiada data kajian ke atas haiwan atau klinikal telah diterbitkan.

Dalam pada itu Malaysia pula sebelum ini menerusi KKM memilih untuk melakukan penelitian terhadap Sputnik V terlebih dahulu sebelum mengesyorkan penggunaannya di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham sebelum ini juga ada berkata, kementerian mereka hanya mengetahui mengenai vaksin baru itu melalui laporan media memandangkan belum ada sebarang penerbitan mengenai penyelidikan vaksin tersebut.

“Banyak persoalan yang timbul sama ada vaksin ini berkesan atau sebaliknya. Adakah ia kekal (merawat COVID-19) atau perlu laksanakan ‘booster’.

“Kita tunggu kajian, baru boleh tahu sama ada vaksin ini berkesan atau tidak. Setakat ini kita hanya mendapat laporan daripada berita dan tiada bukti saintifik mengatakan ia berkesan,” katanya dalam satu sidang media mengenai COVID-19

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.