fbpx
Now Reading
“Allah Lebih Sayangkan Dia” – Adik Dihempap Peti Ais Meningal Dunia

“Allah Lebih Sayangkan Dia” – Adik Dihempap Peti Ais Meningal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/bukhari.ayie.1/posts/3381234328593750https://www.facebook.com/bukhari.ayie.1/posts/3380706271979889

Selepas hampir 14 bulan terlantar sakit, tanpa mampu bertutur dan berdiri, adik Muhammad Fawwaz yang sebelum ini menjadi perhatian masyarakat selepas dihempap peti sejuk telah disahkan meninggal dunia.

Perkara itu dikongsikan ayahnya,  Mohd Bukhari, menerusi satu perkognsian di Facebook pada 4.30 petang tadi.

Sebelum ini, Bukhari memaklumkan Fawwas menunjukkan perkembangan yang positif. Malah pergerakan kaki dan tangan anaknya itu semakin aktif.

Walaubagaimanapun pada malam tadi, beliau memaklumkan Fawwaz mengalami kekejangan otot namun kembali tenang selepas menjalani rawatan .

Kekejangan otot malam tadi

Arwah bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di sebuah hotel di Melaka

“Saya dan isteri membawa Muhammad Fawwaz ke sana sebagai ikhtiar rawatan untuk kesembuhannya. Tapi Allah  lebih sayangkannya dan dia meninggal dunia di samping saya dan isteri,” katanya.

Memetik laporan sinar harian jenazah Fawwaz akan dibawa pulang ke kampung ibunya di Kampung Gedung Lalang Ampangan, Seremban untuk dikebumikan esok pagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.