fbpx
Now Reading
Polis Cari Budak Darjah 3 Bawa Kereta [Video]

Polis Cari Budak Darjah 3 Bawa Kereta [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/taiko.tech/videos/316661022919859/

Sejak pagi ini tular sebuah video di media sosial memperlihatkan seorang budak berumur 10 tahun memandu sebuah kereta Proton Saga lama .

Menerusi video berdurasi 54 saat itu, dia yang disoal oleh seorang lelaki dipercayai perakam video asal mengenai orang yang mengajarnya, menjelaskan bapanya yang mengajar dia memandu.

Malah dapat dilihat dengan jelas yang kenderaan berkenaan tidak mempunyai cermin belakang (rear windscreen) sewaktu anak tersebut berlalu pergi.

Video berkenaan nyata mengejutkan orang ramai memandangkan agak merbahaya membenarkan budak seusia itu memandu bersendirian di atas jalanraya.

Susulan itu polis kini sedang mengesan anak kecil tersebut juga ibu bapanya untuk siasatan lanjut kerana membenarkan anak bawah umur memandu kereta.

Perkara itu dikongsikan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam kepada Sinar Harian

“Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil.

“Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan polis mengenainya,” katanya kepada portal tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.