Baru Sahaja Lancar Single Baru, Peminat Ramal Lagu Misha Omar ‘Tanpa Rela’ Akan Ke AJL
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas hampir dua tahun menghasilkan lagu Sampai Bila, penyanyi terkenal Misha Omar akhirnya membuat kemunculan semula dengan sebuah single terbaharu berjudul Tanpa Rela.
Misha menerusi laman Instagram, berkongsi kepada peminatnya dan orang ramai sedutan lagu bergenre balada tersebut sambil mengumumkan yang video muziknya akan mula dilancarkan pada awal pagi tadi.
“Assalamualaikum, tepat detik 12 malam nanti kalian akan dapat menikmati, menghayati lagu dan video muzik terbaru saya berjudul Tanpa Rela,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Cipta sendiri bersama komposer Sze Wan
Difahamkan lagu ini agak berlainan dari lagu-lagu terdahulunya dimana Misha atau nama betulnya Samiha @ Aisah binti Omar memberikan penglibatan penuh didalam penghasilan lagu ini.
Bukan hanya menyanyi, Misha atau lebih mesra dengan panggilan Kak Mitch turut terlibat dalam mencari melodi dan berkolaborasi dengan komposer Lee Sze Wan dari segi susunan muzik
Selain itu dia juga bekerja bersama Datuk Syafinaz di studio rakaman sebagai penasihat dan pengarah vokal.
“Ia memberikan suasana yang berbeza buat saya. Sebelum ini, saya hanya melangkah ke studio rakaman untuk memasukkan vokal apabila semua proses awal sudah selesai.
“Tetapi untuk Tanpa Rela, saya terbabit dari awal. Bermula dengan mencari idea untuk menghasilkan melodi, seterusnya berbincang dengan Sze Wan dari segi susunan muzik.
Road To AJL
Yang menariknya tidak sampai sehari Muzik Video Tanpa Rela dilancarkan di Youtube dan diperdengarkan kepada orang ramai, peminat sudah meramalkan yang lagu ini bakal dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk tahun hadapan.
Kami sendiri merasakan jatuh hati selepas kali pertama mendengarnya sebenar tadi..