fbpx
Now Reading
Guna Alasan Sedang Berdoa, Polis Terpaksa Usung Suspek Bunuh Anak Masuk Mahkamah [Video]

Guna Alasan Sedang Berdoa, Polis Terpaksa Usung Suspek Bunuh Anak Masuk Mahkamah [Video]

Buat hal lagi dia ni

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam heboh seluruh negara berikutab tragedi pembunuhan seorang bayi berusia 8 bulan yang dibunuh bapa kandungnya, 40 tahun yang dipercayai mengalami masalah gangguan mental di Kampung Sungai Dua, Melawi, Bachok.

Namun pihak polis menerusi Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat kemudiannya memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berkenaan ada kaitan dengan ajaran sesat.

Terbaru, suspek sekali lagi membuat hal apabila menggunakan alasan sedang berdoa sambil membaca beberapa surah al-Quran kerana dipercayai enggan keluar dari kereta peronda untuk di bawa masuk ke dalam mahkamah

Foto : Harian Metro

Selepas 10 minit menunggu, 6 anggota polis kemudiannya terpaksa menarik dan mengusung suspek yang enggan keluar dari kenderaan untuk masuk ke Mahkamah Bachok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Foto : Harian Metro
Foto : Bernama

Mahkamah kemudiannya membenarkan suspek di tahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anaknya itu

Tonton video di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.