fbpx
Now Reading
Suspek Bunuh Anak Berusia 8 Bulan Dipercayai Ikut Ajaran Sesat

Suspek Bunuh Anak Berusia 8 Bulan Dipercayai Ikut Ajaran Sesat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia semalam digemparkan dengan tragedi pembunuhan seorang bayi berusia 8 bulan yang dibunuh bapa kandungnya yang berumur 40 tahun di Kampung Sungai Dua, Melawi, Bachok.

Lebih memilukan apabila jenazah Wan Mohamad Afiq Wan Roslan  ditemui mati dalam keadaan menyayat hati, termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul oleh bapanya yang mengalami masalah gangguan mental

Terbaru polis memaklumkan tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan ajaran sesat.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata ianya berdasarkan cara Wan Mohamad Afiq dibunuh selain dilumur dengan garam.

Malah polis memaklumkan suspek iatu bapanya turut mengalami halusinasi

Terdengar suara malaikat

Jelas Shafien, suspek hanya berzikir dan tidak bercakap sewaktu diambil keterangan, namun dia memaklumkan mendengar suara malaikat, sebelum membunuh anaknya.

Polis juga turut menahan ibu mangsa bagi membantu siasata. Dia bagaimanapun masih masih di rawat di hospital ekoran masih lagi dalam trauma.

“Selain bapa mangsa, polis turut menahan isteri suspek yang juga ibu mangsa berusia 32 tahun bagi membantu siasatan. Wanita berkenaan masih dirawat di hospital memandangkan keadaannya yang masih trauma.

Ujian air kencing negatif

“Ujian air kencing yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri berkenaan juga negatif,” katanya kepada pemberita BH!

Menerusi laporan Utusan suspek juga perlu menjalani pemeriksaaan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kelantan sebaik remannya selesai.

“Selepas reman selesai, suspek juga perlu melakukan pemeriksaan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kelantan,” jelas Shafien pula kepada Utusan

Mayat bayi, berkenaan sebelum ini dilaporkan mengalami kesan menggelupas pada kulit leher kiri dan kanan serta lebam pada bahagian badan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.