fbpx
Now Reading
Polis Dedah Nama & Wajah Individu Sebenar Yang Lari Dari Bangunan SPRM

Polis Dedah Nama & Wajah Individu Sebenar Yang Lari Dari Bangunan SPRM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/photos/a.546416638701981/3663372610339686/?type=3

Selepas beberapa hari menjadi teka-teki siapakah suspek yang dimaksudkan melarikan diri dari bangunan SPRM, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu kenyataan hari ini mendedahkan nama dan wajah individu berkenaan.

Difahamkan Goh Leong Yong, telah melarikan sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM berhubung kes Macau Scam yang tular baru-baru ini.

Menerusi kenyataan tersebut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Dato’ Huzir bin Mohamed berkata, lelaki berkenaan kini dikehendaki kerana beberapa kes berkaitan aktiviti perjudian.

“Suspek ini dikehendaki bersabit kesalahan melibatkan 3 (tiga) kes di bawah Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini.

Terdahulu, seorang suspek utama bergelar Datuk Seri bagi kes Macau Scam sebelum ini dilaporkan telah melarikan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan pejabat SPRM sebagai sahaja dibebabskan SRPM

Kejadian tersebut membuatkan orang ramai tertanya-tanya siapa individu di maksudkan.

Kejadian tersebut telah menimbulkan tanda tanya dan persoalan dalam kalangan netizen terutama siapakah identiti sebenar lelaki berkenaan.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.