fbpx
Now Reading
PU Azman Sekolahkan Geng Teori Konspirasi Dakwa Covid-19 Agenda Yahudi [Video]

PU Azman Sekolahkan Geng Teori Konspirasi Dakwa Covid-19 Agenda Yahudi [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/ShahrulFikry/status/1323294023767879682

Sedar tak sedar sudah setahun dunia diserang wabak Covid-19 yang mula dikesan di negara China pada November tahun lalu.

Namun siapa sangka dalam setahun sudah 1 juta kematian dicatatkan dengan lebih 47 penduduk dunia sudah dijangkiti wabak tersebut.

Meskipun tiada info mengenai pesakit pertama, seluruh dunia berpendapat ianya bermula di sebuah pasar basah yang menjual haiwan eksotik yang terletak di bandar Wuhan.

Namun di sebalik kejadian tersebut, muncul pula beberapa kumpulan teori konspirasi yang mendakwa Covid-19 ini hanyalah satu pembohongan. Kami yakin yang paling selalu anda dengar pastinya dakwaan kononnya virus maut ini adalah ciptaan kumpulan elit Yahudi yang dikenali sebagai Freemason.

Jalan di ibu kota sewaktu pelaksanaan PKP pada Mac lalu susulan penularan Covid-19

Jelas mereka akibat dari ‘pembohongan’ palsu ini manusia terutamanya umat islam kini terpaksa beribadat dengan normal baharu dan cara yang berbeza.

Terpanggil untuk membalas dakwaan dan dakyah-dakyah berkenaan, penceramah bebas terkenal, PU Azman tampil menjelaskan isu berkenaan kepada orang ramai.

Menerusi satu posting live di Instagramnya PU Azman yang turut mesra dengan panggil Cik Man turut membidas dengan mereka yang dilihat terlaku taksub dengan teori konsirasi.

Jelasnya segala SOP yang dijalankan mana-mana kerajaan di dunia adalah demi melindugi rakyat mereka yang merupakan satu amanah. Justeru tidak patut timbul isu-isu sedemikian. Apatalah lagi menurutnya kesemua kerajaan ini tidak meminta virus maut tersebut muncul di negara mereka.

“Apa sahaja yang diperintahkan oleh kerajaan sebagai wakil tuhan di bumi, ikut. Ikut dalam keadaan apa pun dan tak perlu kata ‘adakah aku murtad sembahyang jarak-jarak? Adakah aku berdosa sembahyang macam papan catur? Tak ada kena mengena langsung,” katanya.’

Gambar: ICYM

Perancangan Allah lebih hebat

“Kalau benda itu termasuk dalam perangkap yang dirancang oleh yahudi. Apa masalah dekat situ? Yahudi ada perancangan, tuhan ada perancangan.

“Perancangan Allah jauh lebih hebat daripada perancangan yahudi. Jadi jangan buat orang gelabah, jangan buat orang Islam merasa bersalah dengan SOP yang ada. Itu sahaja,” katanya.

Video itu kemudiannya mula tular di laman Twitter selepas dikongsikan seorang pengguna Shahrul Fikry

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.