fbpx
Now Reading
Menang Pilihanraya Presiden AS Tewaskan Donald Trump, Ini 5 Fakta Ringkas Joe Biden

Menang Pilihanraya Presiden AS Tewaskan Donald Trump, Ini 5 Fakta Ringkas Joe Biden

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rasanya umum sudah pun mengetahui yang calon Presiden dari Parti Demokrat, Joe Biden sudah pun memenangi pilihanraya Presiden Amerika Syarikat selepas berjaya meraih 284 undi elektoral.

Undian ini jelas jauh meninggalkan Donald Trump yang setakat ini hanya memperoleh meraih 214 undi elektoral.

Lebih menarik apabila Biden, 77 tahun menjadi satu-satunya calon Demokrat yang berjaya memenangi undi elektoral di Arizona, kubu kuat Parti Republikan dalam tempoh 24 tahun.

Malah dia juga menang bergaya di negeri-negeri yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada tahun 2016 California, New York, Minnesota dan New Hampshire.

Jadi siapa sebenarnya Joe Biden ? Jom ikuti 5 fakta ringkas mengenai bakal Presiden AS ke- 46 ini.

#1 Gagap sewaktu remaja

Siapa sangka calon Demokrat yang lantang bersuara di pentas politik sebenarnya pernah mengalami masalah gagap sewaktu di usia muda. Namun semua itu tidak menghalangnya untuk menamatkan pengajian tingginya dalam bidang undang-undang seterusnya merawat masalahnya itu

#2 Pernah 2 kali calonkan diri sebagai Presiden

Biden pernah mencalonkan diri sebagai presiden pada tahun 1988 dan 2008. Namun pada 2008 dia terpaksa Akur apabila Demokrat memilih Barack Obama untuk bertanding sebagai calon Presiden. Obama dan Biden menang besar pada 2008 dimana Obama dilantik sebagai Presiden manakala Biden menjadi Naib Presiden.

Biden sewaktu kempen presiden 1988

#3 Antara senator paling muda dan kini bakal Presiden tertua.

Sudah hampir 40 tahun berkecimpung dalam politik, Joe Biden sudah cukup dikenali oleh seluruh rakyat AS.

Biden juga pasti akan dikenang oleh penduduk AS di masa akan datang kerana dia merupakanSsalah seorang senator termuda dalam sejarah AS apabila dipilih di Delaware pada 18 December 18, 1972 di usia 29 tahun dan kini bakal menjadi Presiden yang paling berusia iaitu 77 tahun.

#4 Tidak minum minuman keras

Biden difahamkan tidak pernah meminum minuman keras. Ini kerana keluarganya sebelum ini pernah mempunyai sejarah ketagihan alkohol

#5 Kehilangan isteri pada 1972

Biden sebelum ini pernah kehilangan isteri dan anak perempuannya yang berusia setahun yang terkorban selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 18 Disember 1972.

Dua anak lelakinya yang turut ada ketika kejadian cedera parah namun akhirnya pulih. Kejadian ini hampir membuatkan Biden bersara sepenuhnya dari arena politik

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.