fbpx
Now Reading
Majlis Nikah Bertukar Jadi Tahlil, Gadis Meninggal Dunia Sehari Sebelum Majlis

Majlis Nikah Bertukar Jadi Tahlil, Gadis Meninggal Dunia Sehari Sebelum Majlis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka persiapan rapi seorang gadis dan keluarganya untuk meraikan majlis perkahwinan bertukar menjadi majlis tahlil apabila pengantin perempuan tersebut meninggal dunia sehari sebelum kejadian.

Memetik Tribunews wanita berkenaan,  Tiara Permadani Gamri yang berasal dari Kota Kotamobagu, Sulawesi Utara, sepatutnya melangsungkan majlis perkahwinannya bersama kekasih hati, Ilham Van Gobel pada 30 November 2020 yang lalu.

Persiapan majlis juga berjalan lancar, bukan sahaja kad undangan sudah selesai diedarkan malahan segala persiapan pernikahan tetamu khemah tetamu, persediaaan makanan juga pelamin sudah hampir siap sepenuhnya.

Tiara juga difahamkan sempat bertemu dengan Ilham yang menetap di Desa Bakan untuk menghantar baju nikahnya yang sudah siap dua hari sebelum majlis berlangsung.

Namun dalam sekelip mata semuanya berubah apabila, Tiara dikatakan jatuh sakit dan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital. Seoran rakan kemudan memaklumkan kejadian tersebut kepada ayah Tiara, Gamri.

Dia kemudian bergegas ke hospital berkenaan untuk menemui anaknya namun dikejutkan dengan perkhabaran bahawa Tiara jatuh sakit kerana meminum racun.

Sempat bertanya pada bakal menantu

Dia kemudian cuba mendapatkan kepastikan dengan bertanya perihal tersebut kepada Ilham. Bakal menantunya kemudian mengiyakan perkara tersebut namun menjelaskan tidak mengetahui dimana dia meminum racun tersebut.

”Rakannya memberitahu saya arwah berada di hospital dan tidak sedarkan diri kerana meminum racun.

”Saya bergegas ke hospital dan sempat singgah bertemu calon menantu untuk mengetahui kejadian sebenar.

“Saya tanya anak saya di mana, dia beritahu di hospital. Kemudian saya tanya, anak saya minum racun di mana, dia kata tidak tahu” jelas si ayah.

Meninggal pada malam sebelum pernikahan

Namun bagaikan sudah tertulis, Tiara menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam sekitar 7:45 malam, sehari sebelum pernikahannya.

Tanggal 30 November yang seharusnya menjadi hari indah buat Tiara berakhir dengan kejadian menyayat hati.

Ayah Tiara bagaimanapun telah bertindak membuat laporan polis kerana merasakan ada perkara yang tidak kena dengan kematian anaknya. Susulan dari laporan tersebut polis kini sedang menjalankan siasatan mengenai kematian Tiara.

Namun yang menimbulkan tanda tanya keluarganya dan orang ramai adalah kehilangan Ilham.

Dia bukan sahaja tidak hadir pada majlis pengebumian kekasihnya malah hilang dari pandangan orang ramai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.