fbpx
Now Reading
Nenek Kerugian RM300K, Wang Simpanan Dalam Tin Dimakan Anai-Anai [Video]

Nenek Kerugian RM300K, Wang Simpanan Dalam Tin Dimakan Anai-Anai [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Zaman sekarang ini masih ada lagi ke yang simpan duit dalam tabung ya? Kebanyakan golongan berumur sahaja yang suka menyimpan wang mereka di dalam bekas tin Milo, tin biskut dan sebagainya berbanding memilih untuk menyimpan di dalam bank, betul tak?

Tapi, harus beringat jika korang masih memilih untuk menggunakan cara lama menyimpan wang perlu berhati-hati dengan serangga perosak iaitu anai-anai.

Kredit: Iluminasi

Namun, baru-baru ini tular mengenai seorang nenek yang dikatakan mengalami kerugian hampir RM300,00 akibat wangnya yang disimpan didalam bekas tin Milo itu dimakan dek anai-anai.

Menerusi perkongsian dalam group, Penang Big News menunjukkan terdapap timbunan wang bernilai RM100 yang hancur dikerjakan oleh serangga tersebut.

“Semua wang yang saya ambil di sini mempunyai masalah. Terdapat RM10,000 dalam satu timbunan, dan ada 23 timbunan. Jadi total timbunan adalah RM230,000,” kata salah seorang individu yang merakam video berkenaan.

Selain itu, jika perhatikan dengan baik video tersebut menunjukkan kepingan yang bertaburan di atas lantai dan yang diikat dengan menggunakan getah itu boleh tahan lumayan banyaknya.

Kesian nenek ini penat-penat kumpul duit tapi lain pula jadinya, bahkan dah tak boleh guna duit tu lagi.

Harap peristiwa ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua ya! Tak naklah berputih mata nanti bila tengok duit tu dimakan dek anai-anai nanti.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.