fbpx

Lelaki Malaysia Ini Digelar Pesakit Paling Sunyi Oleh Hospital Australia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Bunyinya agak janggal, dan keterlaluan namun itulah hakikat yang dihadapi seorang rakyat Malaysia, Khaidir Abu Jalil yang kini terlantar di sebuah hospital di Australia.

Khaidir, seorang bekas jurutera pembinaan difahamkan sedang menjalani rawatan akibat penyakit dermatomiositis di Pusat Kanser Kinghorn, Hospital St Vincent’s, Sydney tanpa sebarang pelawat sejak enam bulan lalu.

Kisahnya mula diperkatakan media di sana sejak beberapa hari lalu selepas dia dilaporkan bakal dibenarkan untuk keluar dari hospital sebaik selesai menjalani rawatan.

Hidap penyakit autoimun dengan kadar 50% untuk hidup

Menerusi laporan The Sydney Morning Herald, Khaidir disahkan menghidap penyakit autoimun yang jarang berlaku dengan kadar 50 peratus peluang untuk hidup.

Dia yang sudah berada di negara kangaroo terbabit sejak julai tahun lalu sebelum ini dilaporkan sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa sebagai seorang jurutera namun kesihatannya mula merosot pada awal tahun ini.

Sejak itu badannya mula menyusut hampir separuh sehingga 40 KG. Dia juga hampir setiap hari mengalami demam dengan suhu badan mencecah 40 darjah Celcius;

Foto : JANIE BARRETT/ Sydney Morning Herald

Hanya menerima rawatan selepas 5 bulan sakit

Menurut Ketua Bahagian Rheumatologi Hospital St Vincent, Dr Laila Girgis, Khaidir yang sudah sudah sakit seja Februari lalu, bagaimanpun hanya mendapatkan rawatan di hospital mereka lima bulan kemudiannya tanpa sebarang diagnosis.

“Tangan dan sikunya diselaputi dengan luka kulit tidak bernanah yang disebut Gottron papules, menyebabkan luka hitam menjadi ulser dengan keadaan paru-paru cepat merosot.

“Ketika dihantar ke sini, dia dalam keadaan parah dan ‘kelihatan mengerikan’ menanggung kesakitan dengan kadar oksigen yang rendah, tidak dapat bernafas dan perlu diintubasi di unit rawatan rapi (ICU).

Keadaan Khaidir sewaktu mula dirawat di Hospital via SMH

Tiada kawan, telefon bimbit juga tiada akses internet

Lebih menyedihkan apabila Khaidir langsung tidak pernah menerima sebarang pelawat, dan tiada kenalan disana. Bukan itu sahaja, lelaki ini langsung tidak mempunyai handphone apatah lagi menggunakan internet.

“Dia juga diberi gelaran ‘lelaki paling sunyi’ tanpa seorang pun pelawat di hospital ini, di mana tempat ramai orang merasai pengalaman paling teruk dalam hidup mereka,” katanya.

Foto : JANIE BARRETT/ Sydney Morning Herald

Pernah hubungi ibu di kampung

Tambah Dr Laila lagi, dia pernah menghubungi ibu Khaidir di Malaysia sebelum ini sewaktu lelaki berkenaan dalam keadaan kritikal. Namun panggilan tersebut menyebabkan ibunya menangis.

“Kami maklumkan yang dia kritikal, ibunya menangis semasa saya bercakap dengannya yang menggunakan telefon jiran,” kata pakar perubatan itu lagi.

Selepas hampir 6 bulan, Khaidir yang semakin pulih dan dijangka akan dibenarkan keluar pada Hari Krismas ini.

Namun masa depannya masih lagi tidak menentu kerana dia sudah kehilangan rumah kerana sudah diberhentikan kerja disana. Dia juga hanya diberikan tempoh selama dua minggu untuk tinggal di rumah perlindungan gelandangan di Darlinghurst yang juga bawah kendalian St Vincents .


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.