fbpx
Now Reading
Whatsapp Henti Operasi Pada Peranti Lama Bermula 1 Januari 2021

Whatsapp Henti Operasi Pada Peranti Lama Bermula 1 Januari 2021

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aplikasi perbualan paling popular di dunia, Whatsapp mengumumkan akan menghentikan perkhidmatan mereka kepada peranti-peranti lama bermula 1 Januari 2021.

Ini sekaligus menyebabkan jutaan telefon dari seluruh dunia yang akan terjejas merangkumi pengguna Anroid mahupun Apple IOS.

Perkara ini bukanlah perkara baru memandangkan Whatsapp kebiasaannya akan mula menamatkan sokongan untuk telefon pintar versi lama pada setiap penghujung tahun.

Hanya sokong versi IOS 9, Android 4.0.3 & KaiOS 2.5.1 keatas

Difahamkan untuk tahun 2021 ini, Whatsapp meletakkan IOS 9, Android 4.0.3 dan juga KaiOS 2.5.1.  sebagai operasi minimum mereka.

Ini bermakna untuk IPhone, peranti iphone 4 dan kebawah tidak lagi disokong kerana ketidakupayaan mereka untuk mengemaskini OS ke IOS 9.

Whatsapp hanya menyokong IOS 9 ketas bermula 1 januari 2021

Bagi Adroid pula, meskipun kini tidak banyak lagi peranti yang menggunakan OS sebelum Android 4.0.3 (Ice Cream Sandwich), beberapa model yang popular seperti HTC Desire, LG Optimus Black, Motorola Droid Razr, dan Samsung Galaxy S2 juga sudah tidak lagi disokong.

Bagi sistem operasi KaiOS pula, syarat ini tidak termasuk kepada pengguna peranti JioPhone dan JioPhone 2.

Cara semak sistem OS anda

Anda boleh menyemak sistem os anda menggunakan cara di bawah :

Android

  1. Buka tetapan (setting)
  2. Pilih tentang telefon (about phone)

iPhone

  1. Buka tetapan (Setting)
  2. Pilih umum (General)
  3. Pilih maklumat (Information)

Jadi carian anda yang mendapati anda tidak menepati syarat mereka, sila kemaskini sistem OS anda, namun buat mereka yang menggunakan peranti lama yang tidak lagi berkeupayaan untuk diupgrade pastikan anda melakukan ‘backup’ sebelum malam Tahun Baru atau berdepan risiko kehilangan semua perbualan antara di whatsapp.

Caranya adalah dengan :

1. Buka ruangan chat yang ingin anda simpan
2. Pilih Group Info
3. Pilih Export Chat dan kemudian pilih untuk memuat turun chat dengan atau tanpa media

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.