fbpx
Now Reading
Semakan Status Permohonan i-Sinar Kategori 1 Kini Sudah Boleh Dilakukan

Semakan Status Permohonan i-Sinar Kategori 1 Kini Sudah Boleh Dilakukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik buat anda yang sudah memohon pengeluaran i-Sinar bagi kategori 1. Semakan status permohonan anda sudah boleh dilakukan bermula hari ini, 4 Januari 2021.

Untuk melakukan semakan, anda hanya perlu melayari :

  1. Melayari portal rasmi i-Sinar KWSP.
  2. Pilih semak status permohonan

3. Masukkan butiran yang diperlukan iaitu no MYKAD/MYPR dan no telefon anda diikuti butang saya bukan robot.

4. Tekan Semak status

5. Selesai! Keputusan anda akan dikeluarkan

Pembayaran untuk ahli yang sudah diluluskan bagi kategori ini akan mula dilakukan bermula pertengahan Januari 2021.

Namun untuk anda yang belum membuat permohonan dalam talian i-Sinar bagi Kategori ini, permohonan akan terus dibuka sehingga 30 Jun 2021. Layari link ini untuk mengetahui langkah-langkah mudah membuat permohonan i-Sinar secara dalam talian

Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.