fbpx
Now Reading
Tidak Hadir Dalam Sebarang Majlis & Tweet Terakhir Pada Oktober, Kehilangan Jack Ma Cetus Misteri

Tidak Hadir Dalam Sebarang Majlis & Tweet Terakhir Pada Oktober, Kehilangan Jack Ma Cetus Misteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa yang tidak kenal dengan Jack Ma, jutawan China yang merupakan pengasas Alibaba.com.

Namun nama Jack Ma mula menjadi perbualan portal dan media seluruh dunia selepas dia dilaporkan ‘hilang’ dan langsung tidak kelihatan hampir 2 bulan lamanya.

Susulan dari kehilangannya, hartawan itu kini dilaporkan berada di dalam pemantauan kerajaan China.

Difahamkan sebelum kehilangannya disedari, Jack Ma pada November lalu sudah gagal memunculkan diri di khalayak ramai.

Dia yang berperanan sebagai juri dalam episod akhir sebuah program realiti televisyen miliknya, Africa’s Business Heroes gagal menghadirkan diri.

Ekoran itu peranan Ma kemudian telah digantikan dengan seorang lagi eksekutif Alibaba selain fotonya turut diturunkan dari laman program terbabit.

Jurucakap Alibaba kemudiannya tampil menjelaskan bahawa Jack Ma tidak dapat hadir kerana jadualnya yang terlalu padat namun jawapan tersebut dilihat tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Malah kali terakhir dia dilihat memuat naik Tweets adalah pada 10 Oktober lalu.

Kerana kritik China?

Dalam pada itu ramai netizen yang berpendapat kehilangan usahawan ini ada kaitannya dengan ucapannya pada Oktober lalu yang dilihat mengkritik sistem kewangan di China yang padanya bersifat tradisional.

Malah dia turut merasakan China perlu mewujudkan sistem baharu yang mesra golongan muda.

Justeru orang merasakan tindakannya menyebabkan beberapa entiti pernigaaan Jack Ma kini menjadi sasaran Beijing.

Sebagai contoh Ant Group diarah menyusun semula operasinya dan IPO mereka turut digantung atas beberapa alasan seperti persekitaran pengawalseliaan teknologi kewangan.

Alibaba pula sejak Disember 2020 telah berdepan siasatan anti-monopoli oleh kerajan China.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.