fbpx
Now Reading
Tular Rakaman Klip Susuk Tubuh Tidak Berkepala Di Indonesia [Video]

Tular Rakaman Klip Susuk Tubuh Tidak Berkepala Di Indonesia [Video]

Menerusi video dikongsikan, kelihatan lelaki misteri tanpa kepala itu berdiri berdekatan pendaki lain namun kehadirannya seperti tidak disedari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial negara jiran, Indonesia video memaparkan satu susuk tubuh misteri yang tidak berkepala dirakam di puncak Gunung Welirang, Jawa Timur.

Gunung Welirang adalah sebuah gunung berapi yang aktif dengan jumlah ketinggiannya 3.156 meter di atas permukaan laut (mdpl) terletak di perbatasan Kota Batu, Kabupaten Pasuran dan Kabupaten Mojokerto, Jawa Timur.

Sekumpulan lelaki berada di atas puncak gunung sebelum kelihatan susuk tubuh tanpa kepala

Video tersebut turut dikongsikan di Instagram @fakta.suroboyo menunjukkan sekumpulan pendaki sedang berdiri di atas puncak gunung berkenaan sambil merakam pemandangan di kawasan berkenaan sambil angin bertiup kencang dan kabus meliputi kawasan terbabit

Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah kemunculan satu susuk tubuh lelaki berada di awal video berkenaan.

Lelaki misteri pakai baju lengan pendek dalam keadaan suasana kabus dan angin kuat

Di dalam video itu, lelaki tersebut yang merupakan satu-satunya individu yang memakai baju lengan pendek dilihat tidak berkepala berbanding pendaki lain yang lengkap dengan baju lengan panjang dan tebal.

Lelaki itu turut dilihat seperti sedang memegang sesuatu di tangannya dipercayai telefon bimbit dan berdiri berdekatan pendaki lain.

Memetik laporan Okezone, sekiranya lelaki itu sedang menunduk lehernya pasti tidak kelihatan. Bahkan kehadiran individu tersebut juga seperti tidak disedari oleh pendaki lain.

Melihat di ruangan komen, ramai netizen di Indonesia yang pelik dengan kejadian tersebut kerana postur badan lelaki berkenaan kelihatan tegak serta tidak seperti sedang menunduk.

Malah posisi tangan dan kakinya juga seperti menghadap ke arah si perakam.

Video dimuat naik setahun lalu

Setakat ini tiada maklumat lanjut tentang kesahihan video berkenaan dan bila ianya dirakam. Namun carian kami mendapati video tersebut mula dimuat naik oleh pemilik asalnya pada 27 April 2022 yakni setahun yang lalu.

“Ini bukan kabus, tetapi asap belerang, semoga tidak dengan hal-hal ganjil,” tulisnya di kapsyen.

Bahkan pertanyaan orang ramai berhubung penampakan juga tidak dijawab oleh pemilik asal video.

Namun menerusi pengamatan kami pada video terdapat seorang lagi individu yang memakai baju lengan pendek dan bertopi yang muncuk di dalam video berkenaan.

Tidak mustahil individu itu adalah orang yang sama dengan susuk tubuh pada awal video tersebut. Perkara sama turut dibangkitkan seorang netizen di ruangan komen.

Berikut antara komen lain yang diberikan netizen di Indonesia:

“Kalau tunduk kenapa tapak kaki menghadap ke arah perakam”

“Ramai yang cakap dia sedang tunduk, cuba diperhatikan pada kaki dan jari tangannya”

“Bagaimana tunduk tetapi bahunya masih rata?”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.