fbpx
Now Reading
Dr Hisham : PKP Tidak Akan Lebih 4 Minggu, Tapi Ini Yang Akan Kita Lakukan

Dr Hisham : PKP Tidak Akan Lebih 4 Minggu, Tapi Ini Yang Akan Kita Lakukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali di Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari in difahamkan tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu dilaksanakan menurut kata KP Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau yang ditemui dalam satu sidang media secara online pada 25 Januari menjelaskan tindakan itu diambil bagi mengurangkan impak negatifnya terhadap ekonomi negara, yang sebelum ini telah menyebabkan kerajaan kerugian hampir RM2.4 bilion setiap hari sewaktu PKP 1.0 diadakan.

Sebaliknya kerjaan akan meneruskan usaha membendung wabak maut itu dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan dalam misi menurunkan kes kepada dua angka.

Beliau yakin sekiranya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan, jumlah kes yang tinggi sekarang ini akan dapat diturunkan.

“PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa.

“Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan.

“Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang.

“Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka,” katanya pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

SOP ketat sedang dirangka?

Dalam pada itu MITI menerusi satu kenyataan media pada hari sama seolah memberikan mesej yang sama dengan menolak PKP penuh sebaliknya bersetuju menangani peningkatan kes yang mendadak dengan kembali memperketatkan SOP dengan strategi tambahan.

Antaranya memperkenalkan garis panduan yang jelas mengenai perancangan sesuatu ruang termasuk menetapkan kuantiti pekerja pada satu satu masa menurut Menteri Kanan, (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Selain itu beliau turut memberi cadangan agar kuantiti ujian bersasar boleh dipertingkatkan dan kos kit ujian RTK-Antigen boleh di kawal selia agar saringan lebih murah dan boleh dilakukan dengan lebih meluas terutamanya bagi industri.

MITI dalam masa sama turut mencadangkan SOP bagi majlis sosial diperketatkan manakala larangan merentasi negeri diteruskan buat sementara waktu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.