fbpx
Now Reading
“Walau Berlainan Agama Kita Sebuah Keluarga” – Ustaz Ebit Lew

“Walau Berlainan Agama Kita Sebuah Keluarga” – Ustaz Ebit Lew

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Rasanya nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pendakwah dan aktivis kesayangan rakyat Malaysia ini mempunyai jiwa yang mulia dan akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Tidak mengira bangsa atau agama, selagi terdaya, beliau pasti akan turut padang dan berkhidmat kepada masyarakat.

Ustaz Ebit yang kini berada di Sabah bagi menjalankan misi bantuan sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau dilaporkan telah menziarahi sebuah gereja di Lahad Datu iaitu Gereja St Dominic Katolik.

Menerusi perkongsian di akaun media sosialnya, Ustaz Ebit turut berkongsi tujuan beliau kesana iaitu untuk menyampaikan sumbangan berupa makanan, kerusi roda dan penutup hidung dan mulut.

“Tadi ziarah kasih sayang ke Gereja St Dominic Katolik Lahad Datu. Berjumpa dengan Father Simon. Baik dan lemah lembut orangnya.

“(Saya)Beri hadiah 100 set makanan, 10 kerusi roda, dan facemask” tulis beliau di sebagai kapsyen.

Berbual betapa pentingnya kasih sayang dan berkongsi kebaikan. Walau berlainan agama kita sebuah keluarga.

Beliau yang terharu selepas mengetahui paderi Simon turut mengenalnya turut berkongsi beberapa foto dan video sewaktu ziarah tersebut.

Terharu Father kenal saya, katanya selalu tengok Ebit Lew membantu semua orang. Ustaz chinese kan. Yer saya chinese. Ramai pelajar disini semua melambai-lambai saya. Sayang pada mereka semua.

Menerusi foto-foto tersebut, kunjungan Ustaz Ebit turut diiringi pelakon dan aktivis yang terkenal dengan projek Foodbank di Inanam, Kota Kinabalu iaitu Adrian Edy yang turut terlibat dalam misi bantuan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia di Lahad Datu.

Malah Edy menerusi laman istagramnya turut berkongsi foto sewaktu menjalankan misi tersebut bersama Ebit Lew.

Selain di Lahad Datu, Ustaz Ebit dan pasukannya turut dijangka melaksanakan misi bantuan di beberapa daerah lain seperti Tawau, Kunak dan Semporna.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.