fbpx
Now Reading
Didakwa Promosi Gaya Hidup Tidak Bermoral, MCMC Siasat Aplikasi Sugarbook

Didakwa Promosi Gaya Hidup Tidak Bermoral, MCMC Siasat Aplikasi Sugarbook

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini media sosial hangat memperkatakan mengenai hasil tinjauan yang dilakukan aplikasi temu janji Seeking Arrangement yang mendapati negara kita ketika ini berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia bagi negara paling banyak sugar daddy.

Malah tinjauan yang dilakukan sebuah lagi aplikasi, iaitu Sugarbook pula mendapati terdapat lebih 200,000 ahlinya yang dikateogirkan sebagai ‘sugar baby’ di Malaysia, dengan kebanyakan dari mereka merupakan pelajar universiti dalam lingkungan usia 20-an.

Angka berkenaan begitu mengejutkan masyarakat memandangkan budaya dan gaya hidup sebegini tidak begitu diterima masyarakat di Asia khususnya negara kita.

Terbaru menerusi laporan Berita Harian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang giat menjalankan siasatan ke atas aplikasi Sugarbook kerana  didakwa mempromosikan gaya hidup tidak bermoral dengan menyediakan perempuan simpanan.

Menurut Pengerusinya, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, siasatan kini menjurus untuk mengenal pasti sama ada aplikasi itu berdaftar di Malaysia atau ia hanya diguna pakai di negara ini, sebelum tindakan lanjutan akan dilakukan.

Jelasnya tiada had masa yang ditetapkan untuk siasatan terbabit. Selain itu pihaknya juga perlu meneliti beberapa aspek secara menyeluruh.

Tambah Fadhlullah lagi, sekiranya benar aplikasi tersebut mempromosi aktiviti pelacuran siasatan akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandangkan MCMC tidak mempunyai peruntukan dalam perkara itu.

“Kita boleh ambil tindakan undang-undang ke atas aplikasi ini jika ia berdaftar di Malaysia dan mempunyai transaksi (berkaitan gaya hidup tidak bermoral) yang betul-betul berlaku.

“SKMM tidak boleh bersandarkan kepada dakwaan semata-mata kerana ia berkemungkinan tidak betul,” katanya kepada BH.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.