fbpx
Now Reading
Pecah Habis! Mark Adam Sertai Fizie Sebagai Penyampai Geng Pagi Hot

Pecah Habis! Mark Adam Sertai Fizie Sebagai Penyampai Geng Pagi Hot

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Nampaknya teka-teka mengenai siapa yang akan mengambil alih peranan Shuib sebagai penyampai di segmen Geng Pagi Hot (GPH) bersama Fizie sudah pun terjawab.

Penyanyi dan pelawak terkenal, Mark Adam kini secara rasmi menjadi rakan penyampai baharu kepada penyampai, Fizie atau nama sebenarnya Mohamad Hafizie Roslan bermula hari ini ,15 Februari.

Pengumuman tersebut dikongsikan Hot FM serentak di udara dan menerusi laman Instagram mereka pagi tadi.

Menerusi laporan mStar, Mark menjelaskan tawaran menjadi penyampai Hot FM ini ruang untuk dia memcuba sesuatu yang baru.

“Kerjaya saya terus berubah 360 darjah. Semasa ditawarkan untuk menjadi penyampai di Hot FM, saya kir banyak kali sebab ini bukan saja kerjaya tetapi tanggungjawab yang perlu saya galas.

“Namun saya sedar peluang sebegini bukan datang selalu dan terus membuat keputusan untuk menyertai Hot FM. Peluang ini juga memberi ruang untuk saya mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru,” kata Mark.

Akan memberikan yang terbaik untuk pendengar

Tambah Mark, dia juga berjanji akan cuba melakukan yang terbaik bersama Fizie dalam menghiburkan pendengar GPH di Hot FM.

“Sememangnya perasaan sangat teruja untuk ke udara, tetapi rasa gugup memang ada kerana bukan mudah untuk menghiburkan pendengar menerusi radio.

“Kalau di program TV, saya tak cakap apa-apa pun orang sudah terhibur dan boleh bergelak ketawa. Tetapi, di radio saya sentiasa ada idea untuk dilontarkan dan pastikan para pendengar memahami informasi yang disampaikan.

“InsyaAllah, saya bersama Fizie dan Hot FM akan mencuba untuk menyajikan pengisian yang terbaik dan semoga para pendengar akan terhibur setiap pagi bersama GPH di Hot FM,” ujarnya.

GPH sebelum ini telah melakukan kelainan sejak dua minggu lalu dengan menampilkan beberapa gandingan penyampai baharu bagi menggantikan Fizie secara sementara selepas pengunduran Shuib Sepahtu dan penggantungan Shuk Sahar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.