fbpx
Now Reading
Rangka Manusia Tertua di Malaysia, Perak Man Kini Miliki Wajah

Rangka Manusia Tertua di Malaysia, Perak Man Kini Miliki Wajah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mungkin ramai yang sudah mengetahui bahawa rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia iaah Orang Perak atau ‘Perak Man’.

Berumur antara 10,000 hingga 11,000 tahun ‘Perak Man’ telah dijumpai pada tahun 1991 dalam Gua Gunung Runtuh yang terletak di Lembah Lenggong, Perak hasil penyelidikan bersama oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai Profesor Datuk Dr Zuraina Majid dan Jabatan Muzium Negara.

Terbaru selepas 30 tahun ditemui,  Perak Man kini mempunyai ‘wajah’ lakaran, yang sudah disiapkan pada 19 Januari lalu.

Menggunakan kaedah 3D virtual reconstruction, lakaran wajah Perak Man telah disiapkan hasil usahasama penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan seorang pakar reka bentuk 3D dari Brazil, Cicero Moraes, yang merupakan invididu penting  bidang pembinaan semula wajah forensik di negaranya.

Ia kemudian diiterbitkan menerusi ‘Malaysian Journal of Medical Sciences USM’.

Menerusi laporan Bernama yang memetik salah seorang penyelidik, Pensyarah Radiologi Oral dan Maksilofasial di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM Dr Johari Yap, Idea projek berkenaan sebenarnya sudah tercetus sejak dua tahun lalu oleh Pakar Bedah Neurosurgeri di Hospital USM Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah.

Menurut Johari, pakar bedah berkenaan yang banyak menjalankan kajian berkaitan neurosains dan kognitif telah mengajak beliau untuk mereka bentuk semula tulang kepala Perak Man dan seterusnya membuat lakaran wajah Perak Man.

Johari yang mempunyai kepakaran dalam pengimejan kraniofasial dan rekonstruksi 3D muka serta tengkorak, kemudiannya menggunakan data imbasan CT Perak Man dan tengkorak yang terbentuk dalam imej 3D untuk dikongsikan kepada Moraes menggunakan bagi kerja-kerja menghasilkan lakaran wajah.

Namun untuk merekabentuk wajah, pakar reka bentuk 3D dari Brazil itu memerlukan info-info penting seperti jantina, usia dan keturunan bagi menghasilkan tisu muka berdasarkan ketebalan purata melalui kajian, sebelum ini.

“Apabila muka sudah terbentuk, pihak kami akan berbincang mengenai warna mata, warna kulit, rambut berdasarkan Antropologi Forensik.

“Oleh kerana Perak Man ini dirujuk sebagai ‘Australo-Melanesian’ serta merupakan nenek moyang kepada Orang Asli Negrito, maka ciri-ciri Negrito banyak mempengaruhi reka bentuk akhir muka Perak Man ini,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.