fbpx
Now Reading
“Encik Sajat Nak Murtad Kenapa Salahkan Orang Lain?” – PU Syed

“Encik Sajat Nak Murtad Kenapa Salahkan Orang Lain?” – PU Syed

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Nampaknya isu membabitkan usahawan kosmetik dilihat tidak reda malah semakin semakin berlarutan.

Jika sebelum ini dia dikhabarkan sedang menjadi buruan Jabatan Agama Islam Selangor selepas dikenakan waran tangkap tanpa jaminan kerana tidak hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya, kini Sajat sekali menimbulkan kekecohan dengan memuat naik video meluahkan hasrat untuk keluar dari agama islam.

Tangkap layar dari video tular tersebut

Perkara tersebut kemudiannya turut mendapat perhatian pencerah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri.

Menerusi instagramnya, PU Syed memepersoalkan tindakan Sajat atau nama betulnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang dilihat cuba menyalahkan pihak lain seolah mereka menjadi punca dia membutat keputusan tersebut.

Walhal dia seharusnya  memperbetulkan dirinya terlebih dahulu tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

“Salahkan diri sendiri yang semakin hanyut dengan kemewahan “

“Encik Sajat nak murtad salah siapa? Adakah salah penguatkuasa yang mengambil tindakan terhadapnya atau nak salahkan netizen yang mengecam akan perbuatannya yang melampau dan salah di sosial media?

“Saya rasa Sajat kena salahkan diri sendiri yang semakin hari semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki serta dunia khayalan ciptaannya yang telah menipu daya dirinya.”

Tambah beliau tindakan untuk keluar dari agama bukanlah satu jalan penyelesaian sebaliknya seharusnya kembali ke fitrah asal serta bertaubat kepada Allah.

“Murtad bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang Encik Sajat hadapi. Bahkan Ianya menambah parah dalam diri En Sajat.

“Kembalilah kepada fitrah, bertaubat kepada Allah, Allah Maha Menerima Taubat’ kata PU Syed lagi.

Persendakan agama dosa besar

Menerusi laporan Harian Metro, PU Syed turut menjelaskan perbuatan Sajat mempersendakan agama adalah dosa besar justeru dia harus bertaubat.

“Bahkan Allah SWT menyuruh menjauhkan diri dari golongan yang suka mempersendakan agama menerusi firmannya dalam Surah al-An’am; 70 yang berbunyi: ‘Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia’.

“Perbuatan mempersendakan agama adalah dosa besar bahkan telah dijanjikan oleh Allah SWT bagi mereka azab yang amat perit.

“Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya),” katanya dipetik dari Harian Metro.

Namun menurut beliau, Sajat bagaimanapun masih lagi mempunyai kesempatan untuk kembali ke pangkal jalan.

“Ia bertepatan dengan hadis yang memerintahkan kita agar sentiasa memperbaharui keimanan.

   “Rasulullah SAW pernah bersabda menerusi hadis riwayat Imam Ahmad yang berbunyi: “Perbaharuilah iman kamu”. Dikatakan: Wahai Rasulullah, bagaimana kami mahu memperbaharui keimanan kami? Baginda menjawab: “Perbanyakkan mengucap La Ilaaha Illallah.”

   “Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, maka pohonlah keampunan atas dosa yang telah dilakukan dengan bertaubat secara bersungguh-sungguh.

   “Saya petik firman Allah SWT menerusi Surah al-Zumar; ayat 53 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.