Now Reading
“Aku Lebih Rela Mati.. ” – Suhaimi Saad Tetap Pendirian Enggan Divaksin

“Aku Lebih Rela Mati.. ” – Suhaimi Saad Tetap Pendirian Enggan Divaksin

Umum pasti mengetahui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang ditawarkan secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia sudah pun berjalan sejak penghujung Februari lalu sebagai usaha kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19.

Selain disarankan Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Bakri, pelaksanaan program tersebut turut mendapat sokongan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) yang mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan.

Namun begitu, masih ada segelintir rakyat yang enggan mengambil suntikan tersebut termasuklah bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya, Suhaimi selagi lagi menegaskan tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengambil vaksin.

Kalau kita ragu tinggalkan itu lebih baik.

Menerusi perkongsian sama dia turut dilihat memuat naik paparan screenshot memperlihatkan hujah Dr Zulkifli mengenai vaksin.

“Aku tak kecam ulama atau mufti, tak juga berniat menghasut sesiapa. Apa pun hujah orang, itu tidak akan semudah-mudahnya mengubah pendirian aku. 

“Ini sebab aku pun ambil dalil dari al-Quran. Dalam al-Quran, Allah kata kalau kau ikut cara hidup kebanyakan manusia atas muka bumi ni, nescaya kau akan disesatkan dari jalan Allah.

“Aku rela mati berbanding membiarkan agama Allah dihina dan diperbodoh-bodohkan oleh musuh Islam.

“Dan aku minta pada Allah agar Allah buka seluruh hati manusia khususnya para mufti dan ulama untuk melihat kebenaran dengan mata pandang Allah,” katanya lagi.

Dijengah ke ruangan komen, perkongsian Suhaimi dilihat dipersetujui dan disokong oleh pengikutnya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.