Diskaun 70% Untuk Saman JPJ Bermula Esok
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Berita baik buat anda yang mempunyai saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Bersempena sambutan ulang tahun ke-75, JPJ akan memberikan diskaun 70 peratus untuk sejumlah 3.5 juta saman aktif yang dikenal pasti sejak 2010 hingga Mac tahun ini mulai esok selama dua bulan.
Difahamkan penguranan ini turut diberikan kepada kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pembayaran saman dengan diskaun yang ditetapkan itu boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPJ Namun beliau lebih menggalakan ianya dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi jabatan.
“Saya galakkan bayar saman ini secara dalam talian bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di JPJ selain ia kurang memudaratkan,” katanya kepada media selepas sambutan Jubli Platinum Ulang Tahun JPJ ke-75 di Putrajaya petang Isnin.
Tambah beliau, dalam usaha mengelakkan 3C (tempat sesak, sempit dan duduk jarak dekat) di semua premis dan kaunter JPJ, pihak mereka juga telah PJ telah memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian iaitu JPJeQ.
“Aplikasi secara mobile itu membenarkan pelanggan membuat pilihan cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan serta menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran dan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas,” kata Wee.