fbpx
Now Reading
Ibu Hampir Rebah, Tak Sangka Diberi Kejutan Dapat Rumah Mewah!

Ibu Hampir Rebah, Tak Sangka Diberi Kejutan Dapat Rumah Mewah!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi anak-anak mereka.

Ibu bapa merupakan dua insan yang banyak berjasa bagi memastikan kejayaan anak-anak dalam kehidupan. Justeru, anak anak perlulah membalas jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban dalam membesarkan mereka.

Seperti video viral yang dikongsikan oleh Iskandar Arifin di laman Twitter ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Juzailah itu telah menghadiahkan ibunya sebuah rumah hasil kerja keras dan kegigihannya selama ini.

Dalam video berkenaan, Puan Juzailah memaklumkan kepada ibunya untuk pergi ke rumah rakannya.

Namun, setibanya di rumah tersebut, Juzailah atau lebih dikenali sebagai Ju memberitahu ibunya yang rumah tersebut bukanlah rumah kawannya tetapi rumah baru mereka.

Beli rumah untuk ibu dan adik beradik

Ju yang kelihatan sebak di dalam video itu turut memberitahu dia membeli rumah tersebut untuk ibu dan adik beradik tinggal disitu sebelum membawa ibunya masuk ke dalam rumah. Difahamkan rumah tersebut masih dalam tempoh renovation.

Foto: Twitter

Menurut kapsyen Iskandar di video berkenaan, dia melahirkan rasa sebak dan terharu.

“Rasa nak menangis aku rasa petang-petang macam ni bila tengok video yang dia hadiahkan mak dia sebijik rumah banglo. Sampai rebah lah mak weh dia! Betullah orang cakap, kalau kita dah berjaya jangan sesekali kita lupa asal-usul kita. Jangan lupa balas jasa mak ayah kita.”

“Jangan abaikan ibu bapa”

Iskandar turut mengingatkan orang lain agar tidak pernah melupakan asal usul dan ibu bapa. Tidak kira setinggi mana pencapaian kita dalam hidup, jangan pernah abaikan ibu bapa. Selain itu, Iskandar juga meluahkan rasa semangat untuk mencari rezeki but keluarganya.

“Ingat tau, walau berjaya macam mana sekali pun kehidupan kita. Tolonglah, jangan sesekali kita lupakan mak ayah kita. Tanpa restu mak ayah tak boleh kita berjaya macam hari ni. Terharu gila aku bila tengok video dari Juzailah Shariff ni. Jadi makin semangat aku nak cari duit!”

Menjengah ke ruangan replies, rata-rata orang ramai terharu dan juga berasa semangat untuk menghadiahi ibu bapa mereka suatu yang bernilai di masa akan datang.

“Semoga kita semua murah rezeki untuk balas jasa ibu bapa kita”

Foto: Twitter
Foto: Twitter

Ternyata pengorbanan setiap ibu perlu dikenang, walaupun tidak mengharapkan sebarang balasan, tanggungjawab sebagai anak perlu digalas sebaik mungkin terutama apabila anak meningkat dewasa.

Semoga kisah Puan Juzailah ini dapat memberi inspirasi dan semangat untuk anak muda yang lain untuk terus berbakti dan membalas jasa ibu bapa kerana tanpa mereka siapalah kita.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.