fbpx
Now Reading
Sanggup Beli Pasport Dari Negara Carribean, Nas Daily Bangga Sudah Boleh Ke Malaysia

Sanggup Beli Pasport Dari Negara Carribean, Nas Daily Bangga Sudah Boleh Ke Malaysia

Namun pendedahannya tidak disenangi segelintir netizen yang tidak mahukan kehadirannya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggemar YouTube dan Facebook pasti cukup kenal dengan vlogger ternama dari Israel, Nas Daily.

Disebalik namanya yang gah dan kerap memberikan info menarik dan perkara positif, Nas Daily atau nama betulnya Nusseir Yasin bagaimanapun agak kurang digemari oleh segelintir rakyat Malaysia.

Semuanya gara-gara tindakannya melabel Malaysia sebagai ‘Forbidden Country’ hampir menyamai Korea Utara dalam sebuah video lamanya sewaktu berkunjung ke Singapura.

Jelasnya semua ini berlaku kerana dasar politik dua negara yang berbeza sehingga pemegang pasport Israel sepertinya dilarang masuk ke Malaysia dan begitu juga sebaliknya.

Namun kita sebagai rakyat Malaysia cukup faham tindakan ini kerana kerajaan Malaysia dari dahulu tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara apatah lagi untuk membenarkan pemegang pasportnya masuk ke negara kita.

Malah ramai yang menyifatkan dia seorang yang kerap merungut walhal boleh melancong ke seluruh dunia kecuali ke 20 negara berbanding rakyat Palestin yang lebih sukar ke mana-mana.

Bukan itu sahaja dia juga pernah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan pemandu Singapura begitu berdisiplin tidak seperti rakyat Malaysia yang memandu di sana.

Bangga beli pasport negara Caribbean

Terbaru Nas sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila dia dengan bangganya membuat pendedahan yang dia kini sudah boleh memasuki Malaysia dan beberapa lagi negara yang sebelum ini tidak pernah dijejaknya seperti Oman dan Libya menerusi satu video di Tiktok.

Semua ini selepas dia berjaya membeli pasport dari sebuah negara Caribbean iaitu St.Kitts and Nevis.

Dengan raut wajah yang cerita, Nas turut meminta orang ramai meneka berapakah masa dan kos yang diperlukannya untuk mendapatkan pasport tersebut.

@nasdaily

Reply to @zacharykrishnan Guess how much this Passport cost me ? I’ll reply to the right guess !

♬ original sound – Nas Daily

Menjengah ke ruangan komen, meskipun ada yang memuji usahanya, ramai lebih dilihat tidak bersetuju dan tidak mahukan dia untuk masuk ke negara mereka baik rakyat Malaysia, Oman dan beberapa negara lainnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.