fbpx

Siap Kucup Batu Nisan, Video Kanak-Kanak Ziarah Kubur Bapa Sebelum PKP Buat Ramai Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui, ekoran dari peningkatan mendadak kes Covid-19 di banyak tempat di dalam negara, kerajaan semalam telah melaksanakan PKP di seluruh negara bermula 12 Mei ini.

Berikutan keputusan tersebut, SOP bagi Hari Raya Aidilfitri yang tinggal lagi dua hari sekali lagi berubah dimana aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan aidilfitri tidak dibenarkan.

Justeri mereka yang berada di kawasan PKPB dan PKPP pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menziarahi kubur sahabat handai dan kaum keluarga mereka sebelum PKP kembali dilaksanakan esok.

Sama seperti video seorang adik ini yang dikongsikan pengguna TikToj @idazaini_ dimana dia turut dilihat melawat kubur ayah dan neneknya dipercayai beberapa hari sebelum PKP.

Menerusi video tersebut, adik ini tidak sekadar melawat malah dia juga turut dilihat meninggalkan pesanan buat kedua-dua individu kesayangannya itu.

Tidur awal-awal tau. Nanti adik bangun, adik pergi kubur ayah. Adik sayang nenek. Bye! Tidur awal-awal yer, esok adik datang kejut nenek. Adik sayang nenek.

@idazaini._

al-fatihah ayah 🤲❤️

♬ original sound – idaa

Si kecil kemudian melambai dan mencium batu nisan sebelum dia bertindak menaburkan bunga di atas pusara kedua-dua Allahyarham.

Reaskinya itu nyata menyentuh hati orang ramai. Ramai yang turut mendoakan agar anak ini menjadi anak yang solehah kelak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.