fbpx
Now Reading
“Tak Sedar Tak Tahulah..” Liputan Khas Tentang Covid-19 Oleh Majalah 3 Buat Ramai Sebak

“Tak Sedar Tak Tahulah..” Liputan Khas Tentang Covid-19 Oleh Majalah 3 Buat Ramai Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kru Majalah3 telah berpeluang membuat liputan eksklusif di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan Hospital Sungai Buloh.

Difahamkan Majalah 3 membuat rakaman tersebut seminggu sebelum umat Islam di negara ini meraikan Aidilfitri.

Dokumentari eksklusif Majalah 3

Liputan eksklusif itu telah disiarkan melalui dokumentari Majalah 3 terbitan Tv3. Ia memaparkan tentang keadaan Covid-19 di negara kita dan cerita dari petugas barisan hadapan yang masih tekun dalam menjalankan tugas walaupun bebanan kerja semakin banyak.

Melawat Unit Rawatan Rapi

Dalam paparan khas bertajuk Kita Masih Belum Menang itu, kru Tv3 mendapat kebenaran khas untuk melawat unit rawatan rapi  (ICU) di Hospital Sungai Buloh dan melihat sendiri petugas-petugas kesihatan yang bekerja disana.

Frontliner turut terpaksa bekerja lebih masa dan perlu memakai sut perlindungan diri (PPE) berjam-jam bagi melindungi diri daripada dijangkiti Covid-19.

Melalui satu temu bual yang dijalankan bersama seorang jururawat wanita, dia menceritakan pengalamannya bertugas mengendalikan pesakit Covid-19 yang kritikal.

Frontliner jadi orang terakhir bersama pesakit yang meninggal

Katanya, mereka lah yang akan menjadi insan terakhir memegang tangan pesakit sebelum pesakit meninggal dunia. “Kawan-kawan Melayu akan mengucap,” ujarnya sebak ketika menceritakan situasi menyayat hati tersebut.

Sementara itu, seorang doktor Pakar Rawatan Rapi dan Anestesiologi, Doktor Eng Kar Seng meluahkan bahawa mereka sudah letih menghadapi wabak penyakit ini.

Sehubungan itu, dia turut menjelaskan kes yang semakin meningkat sehingga mencecah empat angka saban hari menjadi faktor utama mereka merasai perkara itu.

Sudah penat fizikal dan mental

Menurutnya, petugas-petugas kesihatan sudah penat dari segi fizikal dan juga mental untuk berhadapan dengan situasi tersebut memandangkan peningkatan jumlah kes setiap hari.

Doktor Eng turut memberitahu punca mereka terlalu penat adalah kerana lonjakan kes yang begitu banyak dan pesakit yang semakin bertambah untuk dirawat.

Sehingga artikel ini ditulis, paparan khas itu telah meraih sehingga 256K views dan 7.6K likes di aplikasi YouTube. Bahkan juga, beberapa klip video dari siaran terbabit turut dimuat naik semula oleh beberapa akaun di Twitter dan Instagram sehingga menjadi viral.

Semoga paparan tersebut dapat dijadikan iktibar untuk orang ramai diluar sana agar tidak memandang remeh terhadap penyakit berjangkit itu. Sama-samalah kita mematuhi SOP bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.