fbpx
Now Reading
Banyak Kongsi Konflik Di Palestin, IG ‘Warning’ Nak Padam Akaun Heliza Helmi

Banyak Kongsi Konflik Di Palestin, IG ‘Warning’ Nak Padam Akaun Heliza Helmi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat mereka yang mengikuti perkembangan konflik di Palestin, pasti tahu penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi antara invididu yang banyak berkongsi situasi semasa disana menerusi akaun media sosialnya seperti Facebook dan instagram.

Dia yang terkenal dengan kerja amal dan aktiviti kemanusiannya bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di negara-negara arab khususnya di Palestin juga begitu lantang dalam menyuarakan pendapatnya dalam menyokong rakyat Palestin yang teruk ditindas rejim zionis Israel.

Namun perkongsian-perkongsian yang dilakukannya di IG berhubung konflik tersebut menyebabkan dia diberi amaran oleh pembangun aplikasi tersebut.

Menurut Heliza, dia telah menerima amaran bahawa akaunnya akan ditutup jika dia terus melanggar terma dan syarat Instagram. Ini kerana posting-posting yang dimuat naiknya telah dikategorikan sebagai sebagai ganas dan berbahaya.

Malah beberapa video terdahulu darinya sudahpun diturunkan dan dibuang oleh aplikasi berkenaan.

“Your account may be deleted”

“Lahawla wala quwwata ila billah.. Kutip derma dan cakap the truth pun violence ka? LIVE pun kakja dah tak dapat buat. Hahaha takut ler tu. koyaks ker tu. Hehehehe tak ada masalah tak ada masalah tak ada masalah. ALLAH kan ada . ?

“In sha Allah hingga Titisan Darah Terakhir Akan Ku Perjuangkan Isu Ummahs! TAKBIR!!!

“Korang doakan media sosial kita semua still selamat untuk kita teruskan JIH4.D kita!,” tulisnya.

Dia sebelum ini ada berkongsi kepada orang ramai bahaya dia tidak lagi dibenarkan membuat IG Live kerana perkara yang sama.

Namun dalam sama dia mendedahkan mempunyai cara tersendiri bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku iaitu menggunakan bahasa yang samar-samar seperti bahasa F’ bagi mengelak dikesan pihak Instagram.

Kita guna bahasa samar-samar

Menjengah ke ruanagan komen, rata-rata rakan selebriti, aktivis dan netizen dilihat memberikan kata-kata semangat buat Heliza agar dia terus berkongsi dan mendedahkan situasi semasa yang berlaku disana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.