fbpx
Now Reading
IKEA Mohon Pelanggan Henti Guna & Pulangkan Semula Set Pinggan HEROISK atau TALRIKA

IKEA Mohon Pelanggan Henti Guna & Pulangkan Semula Set Pinggan HEROISK atau TALRIKA

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Syarikat penjual perabot dan alatan rumah terkemua IKEA semalam meminta para pelangannya yang ada membeli set pingan HEROISK dan TALRIKA iaitu pinggan, mangkuk dan mug untuk segera menghentikan penggunaannya dan hadir ke mana outlet mereka untuk membuat pemulangan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan IKEA memaklumkan pihaknya terpaksa menarik balik produk-produk tersebut memandangkan terdapat laporan bahaya ianya berisiko untuk pecah sekaligus boleh menyebabkan kesan lecur jika mengandungi bahan yang panas.

Tambah mereka untuk proses pemulangan pelanggan hanya perlu ke mana-mana cawangan mereka tanpa perlu membawa bersama resit bukti pembelian.

Menurut kenyataan itu lagi, meskipun terdapat beberapa laporan berhubung insiden tersebut, setakat ini tiada insiden serupa yang dilaporkan berlaku di Malaysia.

Mereka menerusi kenyataan sama turut memohon maaf kepada para pelanggan yang terjejas dengan isu tersebut.

Perkara sama turut dikongsikan IKEA di laman Facebook mereka petang tadi.

Buat anda yang perlukan info lanjut boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan IKEA di 03-7952 7575.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.