fbpx

“Takutnya Tengok”- Berita RTM Papar Kontena HSB Simpan Jenazah Pesakit Covid-19 Buat Ramai Gerun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui negara kita ketika ini sedang berdepan dengan gelombang keempat Covid-19. Angka harian juga kekal melebihi 3000 buat beberapa hari berturut-turut.

Terpaksa guna kontena khas

Malah, kes yang melibatkan kematian akibat Covid-19 juga telah bertambah setiap hari antaranya di Hospital Sungai Buloh sehingga memaksa KKM untuk menyediakan kontena khas menyimpan jenazah disana; satu situasi yang sebelum ini hanya akan kita lihat berlaku di luar negara.

Satu laporan khas di slot Berita Perdana RTM, telah berkongsi keadaan semasa di hospital berkenaan yang memperlihatkan kontena-kontena tesebut yang sebelum ini hanya dapat dilihat menerusi foto yang dikongsikan KKM.

Malah ia yang sebelum ini kosong sudahpun menyimpan beberapa jenazah dan difahamkan ia boleh memuatkan sehingga 20 mayat di dalam setiap kontena.

Baca artikel berkaitan : Kes Terus Meningkat, Hospital Sungai Buloh Terpaksa Sediakan Kontena Khas Simpan Jenazah Mangsa Covid-19

Difahamkan kontena berkenaan sudah mula disediakan sejak 15 Mei 2021 oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh sebagai usaha mengatasi kekurangan bilik mayat.

Memandangkan ianya untuk menyimpan jenazah pesakit Covid-19, kontena yang bersaiz 20 kaki itu diletakkan berdekatan bilik mayat Hospital Sungai Buloh.

Jenazah boleh simpan selama 24-48 jam sahaja

Menurut wartawan yang bertugas, mayat pesakit hanya boleh disimpan selama 24 jam hingga 48 jam sahaja.

Jika ia tidak dituntut oleh mana-mana ahli keluarga, pihak hospital akan segera melakukan proses pengebumian mengikut prosedur operasi standard (SOP) supaya virus tersebut tidak menular.

Tan Sri Dato Sri Dr Noor Hisham turut ucap tahniah

Laporan tersebut yang turut dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di laman twitternya membuatkan orang ramai membuka mata dengan situasi semasa.

Beliau dalam masa sama turut mengucapkan tahniah dan terima kasih beliau kepada pihak penerbitan kerana memberi gambara  sebenar tentang keadaan terkini mengenai isu Covid-19.

Perkongsian tersebut dalam masa sama membuatkan ramai berasa gerun dan berharap keadaan ambil kembali pulih seperti sediakala.

Malah ramai yang turut meluahkan akan lebih berhati-hati selepas ini bagi mengelakkan menjadi mangsa yang seterusnya.

Semoga dengan berita yang disiarkan ini dapat memberi pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya Covid-19.

Sama-samalah kita mematuhi SOP dan arahan yang ditetapkan bagi membendung penularan penyakit berjangkit iani.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.