fbpx

“Comel Je Dia Mencebik”- Reaksi Bayi Comel Tahan Nangis Bila Kena Marah Cuit Hati Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti sentiasa terhibur dengan telatah lucu dan comel bayi mereka. Apatah lagi, jika mereka sendiri menyakat bayi yang sedang membesar itu.

Kena marah ibu

Seperti perkongsian video oleh Muhammad Redzuan di laman TikTok, kelihatan seorang bayi lelaki dimarahi oleh ibunya sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, bayi lelaki itu ditegur oleh ibunya kerana dia telah mencelup tangan ke dalam air minumannya.

Apa yang mencuit hati adalah apabila dia dilihat cuba menahan air matanya dengan mengelak daripada memandang ibunya ketika dimarahi.

Mencebik sebelum menangis

Akhirnya, bayi itu menangis jua apabila ibunya menyakat dengan menggunakan ayat “biasa dia tu”. Bayi itu kemudian mencebikkan bibirnya beberapa kali sebelum mula menangis.

@redzuanmro

Bila kena marah, kita buat apa gaiss.? Kita buat2 tak nampak jela.. 🤣 #LeherManaLeher #BibirKasiJebir #fyp #fypgakni 😆

♬ original sound – muhammad redzuan

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi dan gelagat bayi comel tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 765K views, 74.6 likes dan 5K shares di TikTok.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.