fbpx

“Kek Batik Paling Tak Sedap.” – Dikritik Pelanggan, Dato’ Fazley Terima Dengan Hati Terbuka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam perniagaan, ia adalah normal untuk memberi feedback berkenaan produk atau servis yang ditawarkan kepada pelanggan. Tak lain tak bukan tujuannya adalah untuk membuat penambahbaikan bagi pihak penjual.

Kek Batik paling tak sedap pernah rasa

Seperti yang telah dikongsi oleh chef selebriti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob di Instagramnya, dia telah menerima maklum balas mengenai dessert yang dijual daripada pelanggannya yang berbaur negatif.

Menerusi posting asal pelanggan itu di Twitter, dia telah berkongsi sebuah screenshot perbualannya dengan seorang individu yang berpendapat Kek Batik dijual Dato’ Fazley tidak mencapai citarasanya sebagai seorang pelanggan.

Tetapi ramai yang berpendapat tindakan tersebut tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang influencer dimana boleh menjatuhkan perniagaan yang sedang diusahakan.

Namun begitu, Dato’ Fazley telah mengambil kritikan tersebut dengan hati yang terbuka. Baginya mungkin ia merupakan cara untuk menegurnya berusaha membuat Kek Batik yang lebih baik.

Beginilah, saya yakin beliau berniat baik. Mungkin itu adalah cara beliau untuk menegur saya supaya berusaha lebih baik menghasilkan kek batik tersebut, mungkin juga ianya cara beliau untuk mempromosikan produk tempatan untuk support saya, mungkin juga ianya cara beliau untuk bergurau dengan teman-teman beliau. Saya lebih gemar bersangka baik daripada mengambil hati.

Tambahnya lagi menerusi kapsyen yang ditulis, masing-masing mempunyai hak untuk memberi pendapat sendiri asalkan dia tidak berkongsi apa-apa yang boleh melukakan hati sesama tukang masak atau baker.

Kredit Foto: The Star

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.