fbpx
Now Reading
“Tak Boleh Tahan Airmata”- Suami Rakam Isteri Menangis Layan Drama Buat Ramai Terhibur

“Tak Boleh Tahan Airmata”- Suami Rakam Isteri Menangis Layan Drama Buat Ramai Terhibur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lumrah sebagai seorang wanita, memang mudah tersentuh jika melihat situasi yang meruntun jiwa.

Emosi sampai menangis

Sebagai contoh apabila menonton cerita sedih, mereka dengan mudahnya jadi  emosi dan reaksi muka akan berubah. Malah, ada juga sampai menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan.

Begitulah yang terjadi seperti kisah seorang lelaki ini yang merakam isterinya menangis semasa menonton drama di televisyen.

Tonton drama bersiri di Astro

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ejol_jee di TikTok, kelihatan lelaki tersebut sedang menonton sebuah drama bersiri di saluran Astro bersama isterinya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila si isteri dilihat terlalu terkesan dengan babak sedih dalam drama tersebut sehingga menangis beberapa kali.

“Tolong ambik wife saya berlakon, mudah sangat nangisnya”

@ejol_jee

Tolong ambik wife sy belakon , mudah sgt nangis nye 🤣🤣 #foryoupage #fypシ #esekali #rinduawakseparuhnyawa

♬ Kucu Kuca – Chorus – Lia Aziz

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah viral itu meraih sehingga 86K views, 5.5K likes dan 448 comments di laman TikTok. Rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi wanita itu.

Bahkan, ramai juga yang dapat relate kerana mereka juga senang menangis jika menonton babak sedih seperti itu. Apatah lagi jika pernah merasai perkara yang sama seperti yang ditonton.

“Jenis hati lembut ni, senang nangis”

“Geng nangis “

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.