fbpx
Now Reading
Wanita Hamil Positif Covid Terpaksa Bersalin Secara Czer, Namun Kedua-Duanya Temui Ajal

Wanita Hamil Positif Covid Terpaksa Bersalin Secara Czer, Namun Kedua-Duanya Temui Ajal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak akhir-akhir ini, sering kita dengar tentang wanita mengandung telah dijangkiti virus Covid-19. Sebagai info, wanita mengandung yang dijangkiti penyakit ini berdepan dengan pelbagai komplikasi serius selain berisiko tinggi melahirkan bayi pramatang.

Bahkan, lebih menyedihkan apabila terdapat kes di mana bayi yang dikandungkan terpaksa dilahirkan secara czer atau pembedahan oleh kerana keadaan ibunya yang tidak stabil.

Baru-baru ini, seorang wanita mengandung bernama Rohaizah Yusman telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Sedang mengandung anak ketiga

Foto: FB

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh sepupu arwah, Rohaizah sedang mengandung anak ketiganya ketika dijangkiti.

Menurutnya, doktor terpaksa menjalankan pembedahan terhadap wanita berkenaan yang telah ‘ditidurkan’ demi menyelamatkan bayi dalam kandungannya.

Foto: FB

Bayi tidak dapat diselamatkan, ibu juga meninggal

Apa yang lebih meruntun jiwa apabila bayi yang berusia 6 bulan tersebut tidak dapat diselamatkan dan kelmarin, pada jam 10 pagi Rohaizah telah disahkan meninggal dunia di Hospital Muar.

Foto: FB

Foto: FB

Tambah sepupunya lagi, arwah dan seluruh ahli keluarga dipercayai antara yang terbabit dengan Kluster Jalan Maharani di Johor.

Kluster yang melibatkan daerah Muar dan Tangkak itu juga difahamkan kluster paling ganas di Johor kerana telah meragut 8 nyawa setakat ini.

Sebelum ini, bapa arwah Rohaizah, Yasman bin Manap telah pergi menghadapai Ilahi pada 4 Jun lalu di hospital yang sama selepas dijangkiti virus itu.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-fatihah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.