fbpx

Tahniah! Atlet Powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin Pecahkan Rekod Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah kami ucapkan kepada atlet Paralimpik Powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin yang berjaya memecahkan rekod dunia di Piala Dunia Para Powerlifting Fazza Ke-11 yang berlangsung di Dubai semalam.

Atlet kelahiran Sarawak tersebut berjaya memecahkan rekod dunia apabila berjaya melakukan angkatan 230kg sekaligus memadamkan rekod 229kg milik atlet Iran, Roohallah Rostami di Para Asia Jakarta 2018.

Kejayaan memecahkan rekod dunia selain mengungguli kejohanan dunia dalam kategori senior lelaki berat melebihi 72 kilogram (kg) ini pastinya akan menjadi pembakar semangat beliau dalam memburu emas di Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Lebih menarik, kemenangan yang diraih ini juga tidak sampai sebulan selepas beliau merangkul emas di Piala Dunia Powerlifting Para di Bangkok, Thailand pada bulan lalu.

Foto : MSN

Kejayaan Bonnie melakar sejarah tersendiri ini turut dikongsikan Menteri Belia & Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi satu perkongsian di akaun media sosial beliau.

“Tahniah diucapkan kepada atlet Para Powerlifting Negara, Bonnie yang baru sahaja memenangi pingat emas di kejohanan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Satu kejayaan yang amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Semoga dapat mengekalkan momentum, terus konsisten dan bawa semangat ini ke Kejohanan Paralimpik Tokyo 2020 tidak lama lagi. Syabas Bonnie!,” katanya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.